“Takde add math boleh la” – Keputusan SPM 7A Ain Husniza Dipertikai Hanya Kerana Bukan Aliran Sains Tulen

Entertainment
18 Jun 2022 • 4:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, keputusan peperiksaan SPM baru sahaja diumumkan dan kita boleh lihat ramai yang berkongsikan keputusan cemerlang di media sosial. Tidak kurang juga ada beberapa pelajar yang menjadikan keputusan semua subjek gagal sebagai konten TikTok.

Ain Husniza dapat 7A!

Aktivis pelajar, Ain Husniza turut berkongsikan keputusan SPM miliknya di Twitter. Dalam satu ciapan, Ain meluahkan rasa gembira dengan mendapat keputusan cemerlang 7A meskipun dia berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tohmahan daripada masyarakat.

image is not available

Ain turut berkongsikan dia mengalami tekanan ketika menduduki peperiksaan SPM apabila ramai yang mendoakan agar dia gagal dalam pelajaran dan ilmu yang diperoleh pelajar ini tidak diberkati kerana ‘melawan’ gurunya.

Keputusan cemerlang Ain ternyata disenangi ramai pihak yang turut mengucapkan tahniah kepada pelajar ini sehingga ucapan ‘Congratulations Ain’ menjadi tular di Twitter.

Keputusan 7A dipandang rendah kerana aliran seni

Bagaimanapun, keputusan cemerlang Ain ternyata kurang disenangi oleh beberapa pihak apabila ada seorang individu yang memperlekehkan keputusan Ain dan mempersoalkan sujek Matematik Moden yang hanya mendapat gred B.

image is not available

Malah, individu ini turut mendakwa keputusan SPM Ain tidaklah sehebat seperti yang dicanang kerana pelajar ini tidak mengambil subjek Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen yang lain.

Bapa terkilan masih ada tanggapan kuno

Bapa Ain Husniza, Saiful Nizam ada membuat satu hantaran di Facebook berkenaan keputusan SPM anaknya yang menjadi bualan warganet.

Jelas bapa Ain, masyarakat tidak sepatutnya memandang tinggi aliran sains seolah-olah aliran ini lebih baik dan bagus daripada aliran lain. Sebaliknya, aliran dalam pelajaran ini bertujuan untuk memupuk minat pelajar agar potensi mereka terus berkembang.

Selagi boleh perlekeh, kita perlekeh sehendaknya. Hari ni saya perasan ramai yang 'berbincang' tentang keputusan SPM Ain…

Posted by Saiful Nizam on Friday, June 17, 2022

Bapa Ain turut menasihati orang ramai agar meraikan setiap pencapaian yang dikecpai meskipun seseorang itu tidak mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Sebaliknya, seseorang itu perlu bersyukur dan berusaha untuk menjadi lebih baik.

Tak semestinya pelajar aliran sains lebih pandai daripada pelajar aliran seni kan?

image is not available

Sumber: ainhsaifulnizam

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.