Kenapa tengok matahari terus bersin?

Health & Fitness
12 Sep 2026 • 12:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Kenapa tengok matahari terus bersin?
Gambar: Public Health M'sia

Pernah tak jadi situasi macam ni?

Anda baru keluar dari rumah atau shopping mall.

Dalam bangunan tadi redup.

Sekali pintu terbuka, kena cahaya matahari terang…

“HACHOO!”

Sekali.

Kadang-kadang dua tiga kali terus.

Kawan kat sebelah?

Relaks je jalan, hidung dia tak react apa-apa pun.

Mesti ada yang cakap:

“Kau ni alahan matahari kot.”

Adakah ini mitos? Atau fakta?

Saintis mengesahkan bahawa MEMANG ADA sesetengah orang yang akan bersin apabila terdedah secara tiba-tiba kepada cahaya terang.

Fenomena ini dipanggil “Photic Sneeze Reflex”.

Dan ya, ia juga ada nama yang agak kelakar:

ACHOO Syndrome.

Kenapa Anda Terpilih? Ini Senarai Semaknya:

1. SARAF MATA “TERUSIK” SARAF HIDUNG

Bila cahaya terang masuk ke mata, saraf optik akan menghantar signal kepada otak.

Anak mata akan mengecil untuk kurangkan cahaya yang masuk.

Tetapi pada sesetengah orang, signal ini dipercayai turut “mengganggu” laluan saraf trigeminal, iaitu saraf yang turut terlibat dalam sensasi muka dan refleks bersin.

Mata kena cahaya.

Hidung pula yang buat kerja.

“HACHOO!”

2. GENETIK

(Geng Keluar Rumah Terus Bersin Sila Lapor Diri!)

Photic sneeze reflex cenderung berlaku dalam keluarga.

Maksudnya kalau mak atau ayah anda jenis keluar tempat gelap terus bersin…

Anak pun mungkin dapat perangai yang sama.

Bukan mengada-ngada.

Memang ada komponen genetik.

3. BUKAN “ALAHAN MATAHARI”

Ini ramai salah faham.

Anda bukan allergic kepada matahari.

Tak ada habuk pun masuk hidung.

Tak ada pollen pun semestinya.

Ia cuma refleks saraf yang tercetus apabila mata tiba-tiba menerima cahaya yang kuat.

Lebih kurang macam doktor ketuk lutut.

Lutut automatik terangkat.

Yang ini pula…

Mata nampak cahaya.

Hidung automatik bersin.

4. SELALUNYA JADI BILA DARI GELAP TERUS KE TERANG

Contohnya:

• Keluar dari panggung wayang

• Keluar dari parking bertingkat

• Keluar dari rumah waktu tengah hari

• Buka pintu kereta selepas lama dalam tempat teduh

• Pandang kawasan yang sangat terang

Sebab itu ada orang tak bersin sepanjang berada di luar.

Tapi sebaik sahaja keluar dari tempat gelap…

“HACHOO!”

5. ORANG SEBELAH KENAPA RELAKS JE?

Sebab bukan semua orang ada refleks ini.

Ada orang punya sistem saraf:

Cahaya masuk → anak mata mengecil → habis cerita.

Ada orang pula:

Cahaya masuk → mata react → saraf “tersentuh” → hidung menyampuk → BERSIN.

Kalau anda selalu bersin bila baru keluar dari tempat gelap, itu bukan sebab hidung anda sensitif sangat.

Itu mungkin sebab wiring saraf anda memang sedikit lain daripada orang sebelah.

Tips min min, kalau tahu diri tu jenis keluar parking terus “ACHOO ACHOO”, hati-hati masa memandu.

Bersin mungkin cuma satu saat.

Tapi satu saat hilang fokus atas jalan pun tetap satu saat terlalu lama.

Geng tengok cahaya terus bersin…

Sila lapor diri. 😭


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved