Kenyataan Rasmi ZUS Coffee Berhubung Kes Video Tular

10 Nov 2025 • 4:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kenyataan Rasmi ZUS Coffee Berhubung Kes Video Tular

Rangkaian jenama kopi tempatan terkemuka, ZUS Coffee, mengeluarkan kenyataan hari ini susulan penularan sebuah video di media sosial yang memaparkan insiden di salah satu cawangannya semalam.

image is not available

Menerusi hantaran ZUS Coffee di Facebook, pihak ZUS Coffee telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menjalankan siasatan menyeluruh dan sentiasa berada di sisi pekerja mereka.

“Bekerja dalam industri perkhidmatan bukan mudah, dan perkara sebegini tidak sewajarnya berlaku. Kita hanyalah manusia mencuba yang terbaik,” kata hantaran itu.

Pihak ZUS Coffee turut menggesa semua pihak untuk menghormati privasi mereka yang terlibat dan mengelakkan diri daripada berkongsi atau menyiarkan semula video yang menunjukkan individu terlibat tanpa kebenaran.

Selain itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada menyebarkan kenyataan palsu bagi memastikan proses siasatan dijalankan secara telus dan teliti.

BACA: Terbukti, Kajian Dedah 2 Perkara Ini Paling Penting Untuk Pembeli & Penjual Online Ketika ‘Big Sale’

“Zurista kami kini sedang berehat dan memulihkan diri daripada insiden tersebut. Kami berharap semua pihak dapat memberi ruang dan masa, sementara kami meneliti perkara ini dengan penuh perhatian,” jelas hantaran itu.

image is not available

Menerusi ruangan komen, pihak ZUS Coffee menjelaskan bahawa dakwaan pemberhentian Zurista adalah tidak benar.

“Kami berharap semua pihak dapat memberikan ruang dan pemahaman yang diperlukan oleh beliau sewaktu proses pemulihan daripada insiden ini

“Elakkan daripada menggalakkan tingkah laku agresif serta menyebarkan maklumat palsu,” ujar pihaknya.

BACA: Budak 7 Tahun Dah Pandai ‘Coding’, Mak Ayah Pastikan Anak Ada ‘Basic Skill’ Ni Sebelum Habis Sekolah

Sumber: ZUS Coffee via Facebook

The post Kenyataan Rasmi ZUS Coffee Berhubung Kes Video Tular appeared first on Siakap Keli.