Google baru-baru ini dilaporkan sedang bekerjasama dengan Salcit Technologies, sebuah syarikat teknologi AI dari India yang memfokuskan terhadap pengesanan penyakit berkaitan dengan pernafasan.
Tidak dapat dinafikan bahawa manfaat AI adalah lebih dari mencipta gambar, video dan audio dari hasil kerja orang lain, dan Google kini menggunakan model bahasaraya audio mereka, Google Heath Acoustics Representations (HeAR) untuk mengesan jenis-jenis batuk, bersin dan pernafasan yang berbeza.

Teknologi yang sedang dibangunkan ini, yang dinamakan Swaasa membolehkan doktor untuk lebih mudah mengesan jenis penyakit berkaitan dengan pernafasan yang sedang dihadapi. Penyakit seperti demam, COVID-19, Influenza, Tibi dan sebagainya boleh dikesan dengan cepat dan membolehkan doktor memberi ubat yang diperlukan secepat mungkin.
Teknologi yang sedang dibangunkan ini boleh dimuatkan didalam sebuah peranti pintar, membolehkannya digunakan oleh mana-mana doktor tidak kira dimana mereka berada. Teknologi ini nampaknya masih berada dalam fasa pembangunan, tetapi kerajaan India nampaknya mahukan pembangunan teknologi ini diberikan keutamaan supaya mereka dapat mencapai sifar kes tibi menjelang 2030.
