
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Masih terdapat banyak perkara di dunia ini yang belum diketahui ramai, terutamanya tentang kehidupan manusia ratusan tahun dahulu
Mungkin ada sebahagian kisah zaman dahulu boleh dikaji asal usul atau sejarahnya berdasarkan penemuan yang ada.
Bagaimanapun, ada sesetengah penemuan yang masih kekal misteri soal sejarah di sebaliknya sehingga hari ini.
Tular objek misteri dipercayai berusia lebih 100 tahun ditemui di Sungai Perak
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah objek misteri dipercayai berusia lebih 100 tahun timbul di tengah-tengah Sungai Perak berdekatan Teluk Intan.
Perkara itu didedahkan oleh seorang lelaki pada semalam (10 Mac) menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @rivercruisetelukintan1.
Menurut lelaki itu, terdapat sumber yang melaporkan sebelum ini bahawa objek misteri berkenaan merupakan kepala kereta api lama, namun tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Objek misteri dapat dilihat ketika air surut sahaja
Jelasnya, objek yang dipercayai diperbuat daripada besi dan berwarna hitam itu hanya boleh dilihat ketika air surut sahaja.
“Ketika waktu air surut sahaja boleh nampak benda ini di tengah-tengah Sungai Perak. Dalam sebulan beberapa hari sahaja kita boleh lihat objek ini,” katanya.
Lelaki terbabit turut mempromosikan servis pelancongan oleh River Cruise Teluk Intan bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut kisah di sebalik objek misteri berkenaan.
Penemuan Objek Misteri di tengah Sungai Perak berusia 100 tahun yang lalu di Teluk Intan Perak… Jarang-jarang dapat dilihat dek kerana bergantung kepada air pasang surut.. Nak tahu kisahnya boleh datang ke River Cruise Teluk Intan Perak kami akan merungkaikan kisah misteri ini.. 😱#rivercruisetelukintan #telukintan #sungaiperak
Bukan kepala kereta api, mungkin enjin wap kapal 129 tahun dahulu
Sementara itu, memetik portal Orang Perak pula, objek misteri itu bukanlah kepala kereta api lama (lokomotif) sebaliknya ia mungkin enjin wap kapal.
Menurutnya, hal ini kerana terdapat peristiwa pelanggaran antara dua buah kapal wap yang telah berlaku di Teluk Anson pada 15 Julai 1896.
“Saiz objek tersebut sebenarnya tidak relevan jika ianya dikaitkan dengan kepala lokomotif yang jauh lebih besar dan panjang daripada objek tersebut. Enjin wap keretapi pada zaman itu juga tidaklah sekecil itu,” jelas Orang Perak.

![“Ni Bukan Rumah Kebajikan” – Sewa PPR Tertunggak Hingga RM34,000 Jadi Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/property.jpeg)
![Rezeki Banduan, Ramai Orang Ke Penjara Kajang Didakwa Beli Kuih Raya [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)

![Hiasan Ramadan & Raya Di Sunway Putra Mall Raih Pujian, Siap Ada Replika Kuih-Muih [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
![Ramai Puji Wanita Sudi Suap Aunty Sakit Terlantar Makan Ketika Lawat Kakak Di Hospital [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)