Tak Yakin Hasrat Anak Nak Jual Air Balang, Tanggapan Ibu Berubah Lepas Tengok Air Laris Terjual [Video]

LocalFood
11 Mar 2025 • 12:51 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Jika ditanya pada kanak-kanak tentang apa yang mereka mahu lakukan bila besar nanti, pasti masing-masing sudah ada jawapannya.

Bukan hanya si cilik sahaja, remaja atau orang dewasa juga turut mempunyai hasrat serta impian untuk melakukan sesuatu dalam kehidupan.

Namun, restu dan sokongan dari sekeliling khususnya ibu bapa memainkan peranan penting dalam menggapai impian tersebut.

Kadangkala, ada segelintir ibu bapa yang ragu-ragu dengan hasrat anak sehinggalah terbukti kejayaannya.

Tak Yakin Dengan Anak Nak Buat Perniagaan Air Balang

Samalah seperti seorang wanita ini yang pada mulanya tidak yakin dengan minat anak lelakinya yang suka berniaga.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh wanita tersebut di TikTok @azlinatbc yang berkongsikan kisah kejayaan anak lelakinya itu.

Jelas wanita berkenaan, dia pada mulanya tidak yakin apabila anak lelakinya yang menyatakan hasrat untuk berniaga air balang sempena bulan Ramadan.

Wanita Tetap Sokong Dengan Beli Peralatan Berniaga

Walaupun ragu-ragu dengan hasrat tersebut, itu tidak menghalang dia untuk membelikan peralatan sebagai persiapan untuk anaknya berniaga.

Melalui perkongsian itu, dapat dilihat anaknya membuka kotak yang berisi balang air siap dengan senduk untuk kegunaan jualan nanti.

Tanggapan Berubah Lepas Jualan Air Balang ‘Laku Keras’, Mohon Maaf Kepada Anak

Namun, tanggapan wanita berkenaan berubah apabila anaknya membuktikan bahawa dia mampu berjaya.

Manakan tidak, jualan air balang si anak ‘laku keras’! Malah, hasil jualan itu juga dikatakan dapat menampung perbelanjaan di bulan Ramadan.

Difahamkan, anak lelaki wanita berkenaan menjual air balang pelbagai perisa di Bazar Ramadan Chalok, Setiu, Terengganu.

“Maafkan umi sebab tak yakin bila anak nak jual air balang tapi percayalah bila kita berusaha, Allah akan tolong kita.

“Tak sangka jualan air balang laris, dapatlah tampung perbelanjaan di bulan Ramadan ini,” tulisnya pada video berkenaan.

Malah, wanita itu turut menitipkan nasihat buat dirinya agar sentiasa menyokong apa sahaja minat si anak.

“Moral of the story, kita sebagai ibu sentiasalah support minat anak-anak. Mana tahu suatu hari nanti mereka berjaya jadi seorang usahawan,” tulisnya menerusi ruang kapsyen.

@azlinatbc

the power of story kita sebagai ibu sentiasalah support minat ank2…mana tahu suatu hari nanti mereka berjaya jadi seorang usahawan..

♬ оригинальный звук – koba_bakytovich

Ramai Puji Semangat Anak Muda Berniaga & Anggap Doa Ibu Tiada Hijab

Video yang telah mendapat lebih 635,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang kagum dengan semangat dan kejayaan anak muda berkenaan dalam menjalankan perniagaan.

Namun, ada juga segelintir yang mengagumi kuasa doa dan sokongan seorang ibu yang menjadi antara penentu kejayaan seorang anak.

Malah, ada pengguna media sosial yang berkongsi pengalaman berhadapan situasi sama dengan mengaitkannya dengan doa seorang ibu.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Sentiasa Doa Kejayaan Anak, Doa Ibu Tiada Hijab, Support Minat Anak”

image is not available

“Alhamdulillah Tumpang Gembira. Ibu Kena Sentiasa Support Minat Anak, 1 Lagi, Doakan Anak-Anak Kita”

image is not available

“Emak-Emak Memang Akan Risau Bila Anak-Anak Mula Meniaga. Lama-Lama Dia Pun Gembira Tengok Anak Berniaga”

image is not available

“Dulu Saya Pun Tak Yakin Anak Dapat Keputusan Baik Sebab Dah Darjah 3 Pun Merangkak Membaca & Menulis”

image is not available

“Selagi Mana Ibu Masih Di Sisi Anak, Doakan”

image is not available

Source: