Rezeki Banduan, Ramai Orang Ke Penjara Kajang Didakwa Beli Kuih Raya [Video]

LocalFood
11 Mar 2025 • 4:39 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka tiba pada 31 Mac ini.

Sudah pasti ada di antara kita yang telah melakukan persiapan menyambut lebaran seperti  membeli-belah, membuat kuih raya di rumah dan sebagainya.

Namun, bagi mereka yang mungkin sibuk dengan urusan kerja pula, pilihan terbaik adalah hanya membeli sahaja kuih raya yang dijual.

Tular ramai pengunjung datang Penjara Kajang nak beli biskut raya

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan keadaan pintu masuk utama Penjara Kajang yang dipenuhi dengan kereta-kereta orang awam.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @zawaneemegat, para pengunjung terbabit didakwa masuk ke kawasan penjara berkenaan untuk membeli kuih raya hasil air tangan banduan.

“Ramai singgah, pakat membeli-belah biskut raya, terbaiklah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bukan hanya kuih raya, ada pelbagai lagi makanan dijual dalam Penjara Kajang

Sementara itu, influencer yang juga peguam dikenali sebagai Tun Laila juga turut berkongsi pelbagai makanan dan barangan yang dijual di dalam Penjara Kajang.

Menurutnya, produk seperti kuih raya, makanan sejuk beku, batik, barangan perhiasan rumah dan bermacam lagi boleh dibeli di Galeri Jualan Produk My Pride.

Jelas Tun Laila, produk-produk yang ada di Penjara Kajang juga diambil daripada penjara-penjara lain di seluruh Malaysia.

Selain itu, terdapat juga mini bazar ramadan yang menjual pelbagai jenis juadah berbuka puasa seperti bihun sup, daging harimau menangis sertai minum-minuman seperti jus tembikai dan bermacam lagi.

@yarafaee

duta Penjara Kajang, ko ada? songket from @Misriscarves 🫶

♬ original sound – Tun Laila – Tun Laila

Selain Tun Laila, terdapat juga beberapa pengguna TikTok yang lain turut berkongsi jenis-jenis kuih raya yang ada di dalam Penjara Kajang.

@shanazns

“Kuih raya bukan sekadar manis di mulut, tapi juga manis di hati. Bantu beri peluang kedua dengan setiap pembelian. 💖” #kuihrayapenjara #kuihrayapenjarakajang #penjarakajang #produkmypride #kuihrayamypride

♬ selamat berhari – yayashiyo