
PETALING JAYA – Kepelbagaian yang wujud dalam kalangan rakyat dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak merupakan kekuatan yang menyatukan Malaysia.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, semangat saling menghormati, memahami dan menjaga satu sama lain perlu terus disuburkan dalam kehidupan seharian.
“Dari Semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak, kepelbagaian kita ialah kekuatan yang menyatukan negara.
“Saya percaya semangat saling menghormati, memahami dan menjaga satu sama lain mesti terus kita suburkan dalam kehidupan seharian,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook di sini hari ini.
Johari berkata, seluruh rakyat perlu bersama-sama membina Malaysia yang lebih makmur dengan memastikan setiap rakyat mempunyai peluang untuk maju dan berjaya.
“Marilah kita bersama-sama membina Malaysia yang lebih makmur, dengan peluang untuk setiap rakyat maju dan berjaya. Semoga tanah air tercinta terus menjadi kebanggaan kita semua,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Kepelbagaian satukan Malaysia – Johari appeared first on Kosmo Online.





