[Keputusan Tidak Rasmi] PRN N9: Anthony Loke & Tok Min Kalah [Video]

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 9:54 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

[Keputusan Tidak Rasmi] PRN N9: Anthony Loke & Tok Min Kalah [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dua pemimpin kanan Pakatan Harapan (PH) tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Menerusi keputusan rasmi setakat ini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah kepada Siow Kong Choon [BN-MCA] yang disandangnya sebelum ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, kesemua kertas undi daripada semua saluran difahamkan telah habis dikira di mana Kong Choon meraih 5,418 undi iaitu 52% daripada 10,345 kertas undi diterima semua calon.

Untuk info, pada PRN sebelum ini, Loke menang kerusi di DUN terbabit dengan majoriti 2,200 undi.

Dalam pada itu, Loke dilaporkan akur dengan kekalahannya.

Memetik Sin Chew Daily, Loke meminta penyokongnya agar tidak kecil hati dan kecewa dengan keputusan itu.

Tok Min Turut Gagal Pertahan Kerusi DUN

Sementara itu, Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dilaporkan telah tewas kepada calon BN, Datuk Mohd Faizal Ramli di DUN Linggi.

Lapor Berita Harian, namun setakat ini belum ada jumlah undian.

DUN Chennah menyaksikan pertandingan dua penjuru di antara calon BN-MCA dan PH-DAP.

Manakala DUN Linggi menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan dua lagi calon termasuk penyandang, Datuk Mohd Faizal Ramli serta Datuk Zamri Md Said mewakili BERSATU.

Baca Artikel Berkaitan: PRN N9: “Saya Yakin PH Mampu Melepasi 19 Kerusi DUN” – Aminuddin

Baca Artikel Berkaitan: PRN Negeri Sembilan: “Saya Bukan Lari Dari Sikamat” – Aminuddin Dedah Kenapa Beralih Ke Linggi

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved