Keputusan UPU Lepasan SPM Keluar 22 Mei, Semakan Dibuka Tengah Hari

7 May 2026 • 4:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

kpt ft

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), IPTA dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) bagi peringkat sijil, asasi dan diploma sesi akademik 2026/2027 akan diumumkan pada 22 Mei 2026.

Semakan boleh dibuat bermula jam 12 tengah hari hingga 31 Mei 2026, jam 5.00 petang menerusi:

kpt pfp

Pengesahan setuju terima tawaran pula dibuka dari 23 hingga 31 Mei menerusi laman web UA, IPTA dan MARA BPT masing-masing.

Artikel berkaitan: Menjelang Pelancaran RPN 2026-2035, Transformasi Menyeluruh Sekolah & Universiti

Artikel berkaitan: Mengapa TVET & STEM Adalah ‘Jantung’ Industri Masa Depan Negara

Bagi calon yang tidak berjaya atau hanya menerima tawaran peringkat sijil, permohonan rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline dalam tempoh 10 hari bermula 22 Mei hingga 31 Mei 2026.

KPT turut memaklumkan tawaran tempat bagi sesi akademik 2026/2027 adalah muktamad dan sebarang pertukaran program pengajian tidak dibenarkan.

Sumber: KPT

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.