Keputusan UPUOnline Ijazah Sarjana Muda Diumum 14 Ogos Ini

12 Aug 2026 • 10:57 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Keputusan UPUOnline Ijazah Sarjana Muda Diumum 14 Ogos Ini

Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) melalui UPUOnline® bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda sesi akademik 2026/2027 untuk lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setaraf akan diumumkan pada 14 Ogos ini.

Image from: Keputusan UPUOnline Ijazah Sarjana Muda Diumum 14 Ogos Ini
Kredit: KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata, keputusan berkenaan boleh disemak bermula jam 12 tengah hari, 14 Ogos hingga 5 petang, 23 Ogos 2026 menerusi beberapa saluran yang disediakan.

“Antaranya portal UPUOnline® di upu.mohe.gov.my dan upu2.mohe.gov.my, selain aplikasi mudah alih UPUPocket dan MyGov,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut KPT, calon yang menerima tawaran perlu membuat pengesahan setuju terima atau menolak tawaran mulai 15 hingga 23 Ogos melalui laman web UA masing-masing.

Baca juga:

Katanya, surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada calon yang berjaya mulai 15 Ogos selepas calon membuat pengesahan setuju terima dalam tempoh yang ditetapkan.

Image from: Keputusan UPUOnline Ijazah Sarjana Muda Diumum 14 Ogos Ini

“Bagi pemohon yang tidak berjaya menerima tawaran sahaja, permohonan rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline® dalam tempoh 10 hari, bermula 14 Ogos jam 12 tengah hari hingga 23 Ogos jam 5 petang,” katanya.

Dalam pada itu, KPT menegaskan tawaran tempat bagi sesi akademik 2026/2027 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian atau UA tidak dibenarkan.

Menurutnya, pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas proses pendaftaran pelajar baharu selesai.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan UPUOnline® boleh diajukan kepada Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi menerusi talian 03-8684 2363 atau e-mel upu@mohe.gov.my.

Calon turut boleh mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi BKPA UPU di Facebook, TikTok dan Instagram.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved