Keputusan kemasukan universiti awam lepasan STPM, setaraf diumum 14 Ogos

12 Aug 2026 • 12:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Keputusan kemasukan universiti awam lepasan STPM, setaraf diumum 14 Ogos

PUTRAJAYA, 12 OGOS: Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam (UA) melalui UPUOnline bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2026/2027 untuk lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf akan diumumkan pada 14 Ogos.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan boleh disemak bermula 12 tengah hari hingga 5 petang 23 Ogos secara dalam talian melalui pautan https://upu.mohe.gov.my atau https://upu2.mohe.gov.my serta aplikasi Mobile UPUPocket atau Mobile MyGov.

“Pengesahan setuju terima atau menolak tawaran bermula dari 15 hingga 23 Ogos di laman web UA masing-masing.

"Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan kepada calon yang berjaya bermula 15 Ogos setelah membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh dinyatakan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu memaklumkan tawaran tempat bagi sesi akademik itu muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA tidak dibenarkan.

KPT memaklumkan hanya pemohon tidak berjaya mendapat tawaran boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline di pautan https://upu.mohe.gov.my dari 14 hingga 23 Ogos.

Dasar pemilihan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved