Keputusan permohonan ke universiti awam lepasan STPM, setaraf diumum Jumaat ini

12 Aug 2026 • 10:46 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Keputusan permohonan ke universiti awam lepasan STPM, setaraf diumum Jumaat ini

PUTRAJAYA: Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam (UA) melalui UPUOnline® bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda Sesi Akademik 2026/2027 untuk lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf akan diumumkan pada Jumaat ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan, keputusan berkenaan boleh disemak mulai pukul 12 tengah hari hingga 23 Ogos pada pukul 5 petang.

“Keputusan boleh disemak menerusi platform atas talian melalui pautan https:/ upu.mohe.gov.my dan https://upu2.mohe.gov.my.

“Selain itu, ia boleh disemak melalui aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar dan aplikasi Mobile MyGov di telefon pintar,” katanya dalam kenyataan.

KPT berkata, pengesahan setuju terima atau tolak tawaran akan dilaksanakan bermula 15 hingga 23 Ogos di laman web UA masing-masing.

“Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada calon yang berjaya mulai 15 Ogos 2026 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

“Hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 14 Ogos pukul 12 tengah hari hingga 23 Ogos pukul 5 petang,” katanya.

Menurut KPT, tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2026/2027 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA tidak dibenarkan.

“Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

“Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® boleh dimajukan ke
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi, Putrajaya,” katanya. – UTUSAN

The post Keputusan permohonan ke universiti awam lepasan STPM, setaraf diumum Jumaat ini appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved