
LABUAN: Pengerusi Persatuan Hal Ehwal Wanita Labuan (Hawa) Fauziah Datuk Din, kesal apabila sekali lagi individu bukan anak jati Labuan dilantik sebagai Pengerusi agensi utama tempatan, Perbadanan Labuan.
Beliau berkata, pemilihan itu seolah-olah menggambarkan tiada seorang pun di Labuan yang layak untuk jawatan terbabit, sekali gus menghancurkan harapan ramai pihak yang menginginkan jawatan itu dikembalikan kepada anak tempatan.
Dato Husni Salleh, seorang pegawai kanan kerajaan, dilantik ke jawatan itu yang kosong sejak Jun lalu susulan tamatnya tempoh dua tahun Tan Sri Anifah Aman dari Sabah, yang pelantikannya sebelum ini turut dibantah ramai pihak di sini.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Anifah memecah tradisi kerana semua pengerusi sebelum ini sejak 2001 adalah anak tempatan. Antara yang pernah memegang jawatan itu ialah Datuk Suhaili Abdul Rahman, Datuk Rozman Isli, Datuk Bashir Akias dan Dato Amir Hussin.
Pelbagai pihak di Labuan merasakan Anifah hampir tidak menyumbangkan apa-apa kepada pulau ini, selain sering “hilang dari radar” pada kebanyakan masa.
“Ayah saya, Datuk Mohd Din Jaafar, hanyalah seorang kerani di Jabatan Laut di sini pada tahun 70an ketika beliau dipilih sebagai Pengerusi Lembaga Bandaran Labuan (LTB) yang ketika itu merupakan pihak berkuasa tempatan utama.
“Walaupun tidak mempunyai barisan pegawai eksekutif seperti sekarang, ayah saya menunaikan tanggungjawab mengikut harapan rakyat dan masih dikenang atas sumbangannya kepada pulau ini.
“Ketepikan soal kelayakan akademik, kepimpinan yang baik bukan hanya dinilai berdasarkan merit, tetapi juga kualiti lain seperti keberanian mencabar keputusan yang salah dan tidak adil kepada Labuan.
“Hasilnya, beliau diangkat menjadi senator pertama dari Labuan,” katanya.
Antara anak tempatan lain yang pernah memegang jawatan itu ialah Datuk Mohd Omar Bledram, Datuk Isli Siput dan Datuk Yunus. Tradisi melantik anak tempatan ini sekali lagi diketepikan pada 2023 apabila Anifah dilantik sebagai senator bagi Labuan, meskipun dibantah.
Fauziah berkata, masih belum dapat dipastikan sama ada pengerusi baharu Perbadanan Labuan ini akan membawa manfaat kepada Labuan dan merancakkan ekonomi tempatan.



