Kerajaan Akan Banteras Produk Elektrik Tidak Mematuhi Piawaian Keselamatan

LocalTechnology
24 Jul 2026 • 12:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan akan melancarkan Operasi Pematuhan Khas bersepadu bagi membanteras kemasukan dan penjualan produk elektrik yang tidak mematuhi piawaian keselamatan, termasuk di platform e-dagang dan kedai fizikal.

Image from: Kerajaan Akan Banteras Produk Elektrik Tidak Mematuhi Piawaian Keselamatan

Operasi ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi seperti Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Suruhanjaya Tenaga (ST), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia dan SIRIM.

Operasi perlu dilakukan kerana terdapat produk elektrik yang masuk ke Malaysia tidak mempunyai label atau pensijilan SIRIM, sekali gus gagal mematuhi piawaian keselamatan negara. Ia menyasarkan 34 kategori peralatan elektrik terkawal di bawah Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, termasuk cerek elektrik, peti sejuk, pemanggang roti, lampu mudah alih, mesin basuh, kipas elektrik, pengecas, kabel, peralatan dapur, vakum, dan mesin urut elektrik.

Dalam semakan yang dilakukan secara rambang mendapati lebih separuh daripada produk pengecas telefon yang ditawarkan tidak diperakui oleh ST dan SIRIM. Sungguhpun tidak mematuhi piawaian, ia masih dijual di kedai fizikal dan atas talian.

Ini adalah antara impak negatif tindakan pengeluar yang tidak lagi menawarkan pengecas dengan setiap pembelian. Walaupun sebab diberikan ialah untuk mengurangkan sampah elektronik, majoriti pembeli tidak mampu membeli pengecas berasingan kerana sudah membayar harga tinggi untuk telefon. Pengecas paling murah dibeli sehingga merosakkan peranti dan dalam situasi lebih serius menyebabkan insiden renjatan berlaku.

Sumber – Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved