Belanjawan 2027: Kerajaan perkenal RUU E-Dagang lindungi PMKS tempatan

LocalBusiness & Finance
9 Oct 2026 • 5:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Belanjawan 2027: Kerajaan perkenal RUU E-Dagang lindungi PMKS tempatan
Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) E-Dagang di Parlimen pada sesi Dewan Rakyat akan datang. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) E-Dagang di Parlimen pada sesi Dewan Rakyat akan datang sebagai usaha memperkukuhkan akauntabiliti platform dan penjual dalam talian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diambil bagi menangani keresahan peniaga kecil susulan kewujudan syarikat e-dagang asing yang  menyusup ke pasaran negara tanpa pengawasan dan penguatkuasaan.

"Kerajaan segera meneliti langkah perundangan dan penguatkuasaan bagi melindungi kepentingan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan daripada persaingan tidak adil.

"Selain itu, memastikan barangan yang dibeli oleh rakyat adalah selamat," katanya ketika pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, di sini pada Jumaat.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil pada Khamis dilapor berkata, kerajaan sedang meneliti kesan operasi platform e-dagang terhadap ekosistem perniagaan tempatan termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sektor runcit serta industri pos dan kurier.

Beliau berkata,  kementerian mengambil maklum isu berkenaan susulan kebimbangan peniaga mengenai potensi ketidakseimbangan pasaran perniagaan yang dicetuskan oleh platform e-dagang.

Menurutnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diarahkan untuk menjemput semua platform e-dagang bagi membincangkan perkara itu sebagai langkah awal menangani isu yang timbul.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved