Kerajaan akan pastikan pelaksanaan tokenisasi, aset digital bersifat inklusif - PM

LocalTechnology
23 Jul 2025 • 11:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Digital dan Kecerdasan Buatan di Putrajaya. Foto Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan terus memastikan pelaksanaan tokenisasi dan aset digital bersifat inklusif.

Dalam satu hantaran di platform media sosial X malam ini, beliau berkata, pelaksanaan berkenaan akan turut memberikan manfaat yang menyeluruh kepada rakyat serta dikawal selia secara ketat bagi menjamin keselamatan dan kestabilan ekosistem digital negara.

Beliau yang juga Menteri Kewangan pada Rabu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Aset Digital dan Kecerdasan Buatan Bilangan 2 Tahun 2025, yang antara lain memberi tumpuan kepada masa depan aset digital dalam pasaran modal negara.

"Antara agenda utama yang dibincangkan adalah berkaitan perkembangan teknologi blockchain, tokenisasi, kriptografi pasca kuantum dan pelancaran Malaysia Blockchain Infrastructure (MBI) yang menjadi pemacu utama ekosistem digital negara.

"Mesyuarat ini juga turut menjadi medan bertukar-tukar pandangan terkait trend pasaran global, potensi aset digital serta jangkaan prestasi masa hadapan berdasarkan perspektif teknikal daripada rakan strategik," kata beliau lagi.

Pada 6 Mei, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengeluarkan kertas perundingan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai cadangan rangka kerja untuk produk pasaran modal yang ditokenkan.

Kertas perundingan itu antara lain untuk mendapatkan maklum balas mengenai bidang-bidang utama termasuk kawalan tadbir urus, keperluan rekod dan pendaftaran, pengurusan risiko teknologi serta keperluan tambahan untuk individu berlesen yang berurusan dalam produk pasaran modal token. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved