Kerajaan Jepun rancang beli semula 210,000 tan beras

1 Sep 2026 • 12:23 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerajaan Jepun rancang beli semula 210,000 tan beras

TOKYO: Kerajaan Jepun akan membeli semula 210,000 tan beras yang dikeluarkan sebagai langkah kecemasan tahun lepas selepas kekurangan bekalan kini reda, kata Menteri Pertanian pada Selasa, lapor Kyodo News.

Kenaikan mendadak harga beras sebelum ini mendorong kerajaan mengeluarkan sejumlah 590,000 tan daripada stok simpanan beras bagi kegunaan kecemasan pada 2025.

Kerajaan kini mempunyai kira-kira 320,000 tan beras, jauh lebih rendah berbanding paras yang dianggap sesuai iaitu satu juta tan.

Harga beras menurun susulan pertambahan bekalan di pasaran.

Dalam pada itu, golongan petani bimbang bekalan yang banyak boleh menyebabkan harga jatuh mendadak. – BERNAMA

The post Kerajaan Jepun rancang beli semula 210,000 tan beras appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved