Selangor ada 8,000 tan beras, cukup tiga bulan

13 Aug 2026 • 1:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Selangor ada 8,000 tan beras, cukup tiga bulan

SHAH ALAM – Selangor mempunyai kira-kira 8, 000 tan simpanan beras sebagai stok penimbal bagi memastikan bekalan makanan negeri itu kekal terjamin sekiranya berlaku gangguan bekalan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah simpanan menerusi Gudang Makanan Selangor (GMS) itu mampu menampung antara 15 hingga 20 peratus keperluan beras negeri bagi tempoh tiga bulan, manakala Kerajaan Persekutuan ketika ini memiliki 290,000 tan beras yang disimpan pengeluar serta penyimpan beras.

“Kita juga saban tahun menambah stok simpanan makanan yang tidak dihadkan kepada makanan asas malah daging dan ikan. Kita berharap dapat memiliki stok penimbal berdaya tahan antara tiga ke enam bulan dan menyasarkan kepada puluhan ribu tan kelak,” katanya pada sidang Dewan Undangan (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Mu’Izzuddeen Mahyuddin (PN – Hulu Bernam) mengenai jumlah unjuran stok simpanan beras. – KOSMO! ONLINE

The post Selangor ada 8,000 tan beras, cukup tiga bulan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved