Kerajaan kaji semula elaun pengerusi, ahli majlis daerah

LocalPolitics
13 Aug 2026 • 1:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Kerajaan kaji semula elaun pengerusi, ahli majlis daerah

KENINGAU: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan akan menilai serta membuat kajian semula berkaitan kadar elaun pengerusi serta ahli-ahli majlis daerah di seluruh negeri.

Menterinya Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata penilaian berkenaan penting dengan mengambil kira peranan dan tanggungjawab ahli majlis daerah dalam membantu pembangunan di peringkat daerah.

“Setiausaha tetap kementerian akan memperincikan penilaian dan kajian berkenaan sebelum hasilnya dibawa untuk dibentangkan kepada Kabinet negeri,” katanya kepada media selepas merasmikan upacara angkat sumpah dan penyampaian watikah pelantikan Ahli-Ahli Majlis Daerah Keningau, Tambunan dan Tenom sesi 2025 - 2027 bersamaan Jelajah Aspirasi Menteri Tahun 2026 di Dewan Koningau Majlis Daerah Keningau pada Selasa.

Dalam perkembangan berkaitan Mohd Arifin menyatakan keperluan untuk mewujudkan jawatan pegawai perancang bandar di setiap pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) juga akan diberi perhatian.

Menurutnya hanya PBT di Sandakan dan Tawau ketika ini yang mempunyai pegawai perancang bandar manakala PBT lain masih memerlukan jawatan berkenaan bagi memperkukuh aspek perancangan pembangunan bandar dan daerah.

Beliau turut menegaskan keperluan setiap PBT mempunyai jurutera bagi memastikan aspek teknikal dan kejuruteraan dapat ditangani dengan lebih berkesan.

“Pada masa ini hanya penolong jurutera yang ada di beberapa PBT di negeri ini.

“Oleh itu keperluan untuk mempunyai jurutera di setiap PBT juga perlu diberi perhatian,” ujarnya.

Dalam pada itu  Mohd Arifin turut mengingatkan semua ahli majlis daerah supaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing secara telus dan amanah.

Tegasnya setiap ahli majlis perlu memahami serta melaksanakan peranan yang telah ditetapkan bagi memastikan pentadbiran PBT dapat berjalan dengan baik demi kepentingan rakyat dan pembangunan daerah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved