Majlis Penampang, Keningau ambil tindakan atasi risiko longkang rosak

12 Aug 2026 • 4:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Majlis Penampang, Keningau ambil tindakan atasi risiko longkang rosak

MAJLIS Perbandaran Penampang dan Majlis Daerah Keningau berikrar untuk meningkatkan usaha menyelenggara longkang di bawah bidang kuasa masing-masing termasuk yang terdapat di bawah laluan pejalan kaki dan jalan raya di kawasan berkenaan.

Tindakan itu susulan maklum balas daripada seorang pemilik kedai di Bandar Baru Penampang dan seorang penduduk Kg Toboh Baru mengenai kekurangan penyelenggaraan yang dijalankan terhadap infrastruktur berkenaan.

MPP menghasilkan lebih 70 penutup logam untuk dipasang pada bahagian laluan pejalan kaki yang terdedah.Pemilik kedai terbabit membangkitkan mengenai bahaya kepada pejalan kaki yang berpunca daripada bahagian laluan pejalan kaki yang terdedah di sekitar blok-blok berbeza di pusat komersial berkenaan apabila bidur konkrit sama ada runtuh atau hilang.

Sementara itu, penduduk dari Keningau berkenaan membangkitkan mengenai “sebuah lubang” di jalan berhampiran SK Luagan. Menurutnya, antara yang berisiko mengalami kecederaan di kawasan itu ialah kakitangan dan murid sekolah berkenaan selain penduduk luar bandar yang tinggal di kampung terbabit.

Kedua-dua individu berkenaan memberikan maklumat terperinci kepada Hotline mengenai aduan mereka. Maklumat itu kemudiannya dikemukakan kepada agensi masing-masing.

KONKRIT dituang pada bahagian Jalan Toboh Baru yang terjejas dekat laluan pejalan kaki ke SK LuaganSeorang jurucakap Majlis Perbandaran Penampang (MPP) berkata kakitangan kejuruteraannya pergi ke Bandar Baru Penampang tidak lama selepas dihubungi pihak media.

“Mereka mendapati terdapat bidur konkrit yang hilang atau rosak di sekitar banyak longkang bertutup yang menyalurkan air dari deretan kedai di sini,” katanya.

“Sesetengah lubang di laluan pejalan kaki telah ditutup menggunakan objek asing seperti tayar atau palet kayu.”Menurutnya, seorang kontraktor kemudiannya dilantik untuk menangani bahagian-bahagian yang terdedah itu.

“Kontraktor berkenaan bersama pasukannya yang terdiri daripada empat orang menghasilkan lebih 70 penutup logam yang dipasang secara berperingkat di sekitar blok-blok berbeza sepanjang bulan lalu. Dalam sesetengah kes, kerja ini turut melibatkan pembinaan semula struktur tempat penutup berkenaan diletakkan.”Ketika ditanya mengenai kekerapan longkang bertutup dan laluan pejalan kaki di sekitar kawasan perbandaran itu diselenggara, jurucakap berkenaan berkata kerja itu dilakukan apabila wujud keperluan“Kami secara amnya bergantung kepada maklum balas orang awam untuk menentukan bila kemudahan ini perlu diberi perhatian. Ia juga bergantung kepada sama ada kerja pembaikan itu merupakan kerja ‘besar’ atau ‘kecil’.”Katanya kerja yang besar tertakluk kepada kekangan dari segi peruntukan dan tenaga kerja yang diperlukan untuk melaksanakannya.

“Kerja-kerja ‘kecil’ biasanya boleh diselesaikan dalam tempoh beberapa jam.”Bagaimanapun, susulan perkara yang berlaku itu, katanya, MPP telah meminta kakitangannya supaya lebih peka terhadap sebarang kerosakan membabitkan longkang bertutup dalam kawasan pentadbirannya.

Majlis Daerah Keningau (MDK) turut meminta kakitangannya berbuat demikian berhubung longkang di sekitar pekan berkenaan.

Seorang jurucakap agensi itu berkata semakan terhadap rekodnya mendapati Jalan Toboh Baru disenaraikan dalam daftar Majlis.

Menurutnya, pemeriksaan dilakukan di kawasan umum berhampiran SK Luagan bagi mengesahkan potensi bahaya kepada pengguna jalan raya di kawasan Keningau itu.

'Sump’ yang dilindungi konkrit dapat dilihat dalam gambar ini“Kami dimaklumkan bahawa beberapa pemandu yang tinggal berhampiran sekolah berkenaan sudah mengalami tayar kenderaan tersangkut di bahagian yang terdedah itu,” katanya.

“Kakitangan kami mengesahkan terdapat lubang berbentuk segi empat tepat pada permukaan asfalt di sebelah laluan pejalan kaki bertutup, di luar pagar institusi pendidikan berkenaan.”Jelasnya “lubang” itu sebenarnya merupakan “sump RC (konkrit bertetulang)” yang mengumpulkan air larian dari longkang di bawah laluan pejalan kaki ketika hujan.

Menurutnya, “sump” itu berfungsi mengelakkan air hujan bertakung di atas jalan raya, selain memudahkan pengaliran air keluar dari kawasan sekolah.

Jurucakap itu berkata, syarikat konsesi kerajaan telah dimaklumkan mengenai sump yang tidak bertutup itu kerana syarikat berkenaan ditugaskan menyelenggara jalan raya tersebut.

“Kami meminta pihak pengurusan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keselamatan orang awam di sini. Sekumpulan juruteknik daripada syarikat berkenaan datang memeriksa bahagian yang terdedah itu pada malam yang sama sebelum meratakan semula bahagian yang terjejas menggunakan penyodok.”Katanya, penyelenggaraan struktur dilakukan terhadap kemudahan awam milik MDK apabila wujud keperluan untuk kerja sedemikian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved