Kerajaan laksana reformasi pembersihan awam, perluas pengasingan sisa

LocalEnvironment
29 Jul 2026 • 4:07 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerajaan laksana reformasi pembersihan awam, perluas pengasingan sisa

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan reformasi pembersihan awam secara berperingkat menerusi perubahan kaedah kutipan sampah dan kerja-kerja pembersihan pada waktu malam, selain menggantikan kenderaan kutipan sampah berkuasa bahan api fosil termasuk diesel kepada kenderaan elektrik (EV).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, langkah itu selaras dengan keputusan Jemaah Menteri serta Dasar Pembersihan Awam Negara bagi meningkatkan kecekapan pengurusan kebersihan dan sisa pepejal negara.

“Apabila rakyat Malaysia tidur, kita bersihkan. Bila rakyat Malaysia bangun, negara sudah bersih dan sejahtera,” katanya menerusi sidang akhbar Sambutan Hari Landskap Negara 2026 (HLN 2026) di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Kor Ming memaklumkan bahawa Jemaah Menteri turut bersetuju memperluaskan pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) ke Selangor secara berperingkat.

Beliau berkata, kerajaan akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi memastikan peluasan pelaksanaan akta itu dapat direalisasikan dengan semua 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor akan turut terlibat.

“Kita akan terus set up a special task force untuk kita realisasikan,” katanya.

Jelasnya, peluasan pelaksanaan Akta 672 itu penting bagi memastikan tahap pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Selangor, sebagai antara negeri utama ekonomi negara, mencapai standard bertaraf dunia.-UTUSAN

The post Kerajaan laksana reformasi pembersihan awam, perluas pengasingan sisa appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved