Kerajaan Madani berfungsi dengan baik, tiada keperluan bubar Parlimen - Gobind

LocalPolitics
12 Nov 2026 • 5:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kerajaan Madani berfungsi dengan baik, tiada keperluan bubar Parlimen - Gobind
Gobind Singh Deo. Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri Digital, Gobind Singh Deo berpandangan tiada keperluan untuk Parlimen dibubarkan memandangkan Kerajaan Madani ketika ini masih berfungsi dengan baik selain negara berada dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, selain itu, ekonomi negara juga menunjukkan perkembangan positif dan terus menarik minat pelabur asing ke Malaysia.

"Hal itu (pembubaran Parlimen), terpulang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri yang mempunyai kuasa untuk membuat penentuan dan pada masa sekarang, Kabinet berfungsi dengan baik.

"Negara kita ada ekonomi yang stabil. Kita harus melihat bagaimana kita boleh membawa negara kita ke depan. Tidak perlu untuk kita bincang berkenaan dengan aspek pembubaran,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan National AI Readiness Week 2026 di sini pada Khamis.

Gobind yang juga Pengerusi Kebangsaan DAP turut menyifatkan tindakan mendesak Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen sebagai sesuatu yang tidak wajar.

Baru-baru ini, wujud desakan daripada pihak tertentu supaya Parlimen dibubarkan berbanding melakukan rombakan Kabinet susulan tempoh pelantikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Ahli Dewan Negara akan berakhir pada 11 Disember ini. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved