Kerajaan negeri siasat dakwaan berlaku penambakan haram di Pontian

LocalEnvironment
7 Aug 2026 • 3:40 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerajaan negeri siasat dakwaan berlaku penambakan haram di Pontian

PONTIAN: Kerajaan negeri akan menyiasat dakwaan berlaku aktiviti penambakan haram di sekitar Belokok, Peradin dan Simpang Kiri, di sini susulan pelbagai aduan yang diterima daripada penduduk setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar, Md. Israk Abdullah berkata, aktiviti penambakan itu turut melibatkan sisa bahan buangan dari Singapura.

Menurut beliau, aktiviti tersebut dipercayai dijalankan pada waktu malam bertujuan mengelak pemantauan pihak berkuasa.

“Antara perkara dibangkitkan penduduk ialah dakwaan bahawa aktiviti penambakan melibatkan bahan buangan dari Singapura dijalankan pada waktu malam sehingga mengganggu ketenteraman awam.

“Selain itu, penduduk turut memaklumkan berlakunya gegaran yang dirasai di kawasan sekitar ketika kerja-kerja penambakan dijalankan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Md. Israk yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup berkata, pihaknya memandang serius dengan dakwaan tersebut dan akan bertindak balas terhadap setiap laporan diberikan penduduk setempat.

“Saya akan dapatkan laporan terperinci daripada jabatan serta agensi berkaitan bagi menyiasat perkara ini dan memastikan tindakan sewajarnya diambil sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang atau syarat yang ditetapkan.

“Kerajaan negeri komited memastikan pembangunan dilaksanakan secara bertanggungjawab tanpa menjejaskan keselamatan, kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar,” katanya.-UTUSAN

The post Kerajaan negeri siasat dakwaan berlaku penambakan haram di Pontian appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved