Kerajaan Saman MyEG dan Zetrix AI Kerana Gagal Lunas Kutipan JPJ

LocalBusiness & Finance
27 Oct 2026 • 9:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan sedang dalam proses mengambil tindakan saman sivil dan perundangan terhadap MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Berhad susulan kegagalan kedua-dua syarikat melunaskan keseluruhan tunggakan hasil kerajaan berserta penalti dalam tempoh yang ditetapkan.

Image from: Kerajaan Saman MyEG dan Zetrix AI Kerana Gagal Lunas Kutipan JPJ

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kerajaan memandang serius kegagalan pemindahan hasil berkenaan kerana wang kutipan kerajaan tidak dibenarkan dijadikan sebahagian daripada dana operasi syarikat manakala sebarang kelewatan menyerahkan wang itu adalah pelanggaran serius terhadap syarat perjanjian.

Sebelum ini kami laporan MyEG gagal menyerahkan RM314 juta kutipan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) yang dikumpul antara Mei hingga September walaupun telah beberapa kali diingatkan. Akibatnya JPJ menggantung semua perkhidmatan melalui MyEG berkuat-kuasa 5 Oktober lalu.

    Newswav Malaysia Best News App

    Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

    Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved