Kerajaan Sedang Menilai Keperluan Peraturan Tambahan Untuk Platform Permainan Atas Talian

LocalGaming
30 Oct 2026 • 12:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan Sedang Menilai Keperluan Peraturan Tambahan Untuk Platform Permainan Atas Talian

Kerajaan kini sedang meneliti kemungkinan memperkenalkan peraturan yang lebih ketat terhadap platform permainan atas talian seperti Roblox. Langkah itu dibuat susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan kanak-kana khususnya melibatkan komunikasi antara pengguna serta kandungan yang terdapat dalam platform berkenaan.

Image from: Kerajaan Sedang Menilai Keperluan Peraturan Tambahan Untuk Platform Permainan Atas Talian

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) sedang menilai bentuk kawal selia yang sesuai bagi meningkatkan perlindungan pengguna dalam platform permainan atas talian. Penilaian itu turut merujuk kepada amalan yang digunakan di beberapa negara lain khususnya dalam mengurus isu keselamatan pengguna dan komunikasi dalam permainan.

Image from: Kerajaan Sedang Menilai Keperluan Peraturan Tambahan Untuk Platform Permainan Atas Talian

Dalam masa sama, CMCF sedang mendapatkan maklum balas pelbagai pihak berkepentingan sebagai sebahagian daripada usaha membangunkan subkod khusus untuk industri permainan video. Antara pihak yang terlibat termasuk pembangun permainan, pengendali gedung aplikasi, pakar keselamatan dan penyelidik.

Meskipun Roblox menjadi antara platform yang diberikan perhatian, kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk mengharamkannya. Namun, perkembangan itu mencerminkan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap tahap keselamatan kanak-kanak dalam platform permainan moden yang semakin menyerupai media sosial dari segi komunikasi.

Roblox

Menurut Fahmi, ribuan kandungan jelik telah diturunkan sejak 2022 manakala ribuan aduan berkaitan buli siber turut direkodkan dalam tempoh yang sama. Angka tersebut menunjukkan bahawa isu keselamatan dalam talian bukan lagi terbatas kepada platform media sosial malah semakin melibatkan ekosistem permainan yang digunakan secara meluas oleh golongan muda.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved