
NABAWAN: Kerajaan Negeri sentiasa bersikap prihatin, adil dan akan terus berusaha membantu masyarakat di luar bandar khususnya dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui pembangunan sosioekonomi dan pembangunan infrastruktur.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, masih banyak perancangan Kerajaan Negeri yang masih dalam proses perlaksanaan.
“Kita berharap agar pembangunan yang telah dirancang akan dilaksana sesuai dengan jadual yang telah digariskan” katanya semasa berucap merasmikan Program Bulan Kebangsaan dan Kaunturan Ra Kaulayan (Bersatu Memperkasakan Budaya) Perpustakaan Desa, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Komuniti Mukim Pemuntarian di Balai Budaya Mukim Pemuntarian pada Sabtu lepas.
Mengenai isu pengaspalan jalan Pamuntraian yang disiarkan TV3 melalui Aduan Rakyat baru-baru ini Ghani berkata, beliau sudah beberapa kali menyuarakan perkara ini melalui mesyuarat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Namun begitu katanya, kuasa untuk melaksana penaiktarafan jalan ini tidak hanya terletak dibawah Kerajaan Negeri saja tetapi ianya juga memerlukan kerjasama Kerajaan Persekutuan.
Dalam pada itu beliau berharap agar pihak-pihak berwajib boleh menyelesaikan perkara ini dengan kadar segera dan sewajarnya demi kesejahteraan semua komuniti di sini.
Menyentuh bulan kebangsaan Ghani berkata, penghayatan bulan kebangsaan adalah sikap yang perlu diamalkan setiap individu yang bergelar warganegara Malaysia,
“Ini kerana kekuatan kita sebagai rakyat Malaysia dan amnya masyarakat di negeri Sabah ini adalah apabila kita menghargai dan mensyukuri nikmat kemerdekaan yang telah Tuhan anugerahkan kepada kita.
Selain itu, dengan keunikan dan kepelbagaian budaya atau tradisi masyarakat pelbagai kaum di negara ini membuktikan bahawa persamaan dan perbezaan yang pelbagai membuatkan kita lebih kuat dan bersatupadu dengan sikap saling bertoleransi dan hormat-menghormati antara satu dengan yang lain” jelasnya.
Pada masa sama Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata, budaya dan tradisi setiap kaum perlulah sentiasa dipelihara dengan sebaiknya.
Katanya, generasi muda haruslah diasuh dengan lebih awal untuk memperkasa budaya dan menghayati kemerdekaan yang telah dikecapi sejak sekian lama.
“Generasi muda merupakan aset penting kita kerana merekalah yang akan memperjuangkan nasib dan masa depan bangsa kita” tambahnya.
Ghani berkata, sebagai wakil rakyat di kawasan ini, beliau akan terus memperjuangkan hak-hak pembangunan dari pelbagai sudut dan potensi yang ada untuk diterokai dan dikembangkan agar memberi manfaat kepada semua dalam mensejahterakan hidup masyarakat khususnya di kawasan ini.
Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Nabawan Deckson Andipai dan pemimpin-pemimpin masyarakat Mukim Pemuntarian.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


