Rakyat Indonesia didakwa sertai tentera Russia berperang di Ukraine

WorldPolitics
31 Aug 2026 • 6:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rakyat Indonesia didakwa sertai tentera Russia berperang di Ukraine

JAKARTA – Indonesia sedang menyiasat dakwaan bahawa ‘sebilangan’ rakyatnya telah menyertai tentera Russia dan dikerahkan dalam perang di Ukraine.

Maklumat diperoleh daripada pihak berkuasa Ukraine itu sedang disahkan dengan beberapa kementerian dan institusi kerajaan, kata kementerian luar di Jakarta dalam satu kenyataan.

Ia tidak menyatakan berapa ramai warga Indonesia yang disyaki berbuat demikian.

Sekiranya maklumat itu benar, mereka yang terbabit berisiko hilang kewarganegaraan di bawah undang-undang yang mewajibkan warga Indonesia mendapatkan kebenaran presiden sekiranya ingin berkhidmat dengan tentera asing.

“Jika penglibatan warga Indonesia dalam angkatan tentera negara asing ini disahkan, ia adalah tindakan individu dan tidak mewakili dasar atau pendirian kerajaan Indonesia,” kata kementerian itu.

Indonesia secara tradisi bukan merupakan sumber tentera upahan untuk Russia atau Ukraine, yang mana kedua-duanya merekrut pejuang asing sepanjang perang tersebut.

Maklumat mengenai identiti, status kewarganegaraan, proses perekrutan dan bentuk penglibatan individu yang dinyatakan masih perlu disahkan dengan lebih lanjut,” kata kementerian sama.

Kerajaan Indonesia juga akan menyiasat kemungkinan berlakunya penipuan, eksploitasi, atau perekrutan melalui tawaran pekerjaan yang tidak selaras dengan tujuan asal.

Rakyat dari negara-negara Afrika dilaporkan dikerah secara paksa ke dalam tentera Russia untuk berjuang di Ukraine selepas terpikat dengan tawaran pekerjaan di luar negara. – AFP

 

The post Rakyat Indonesia didakwa sertai tentera Russia berperang di Ukraine appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved