Kerajaan Teliti Tiga Opsyen Peluru Berpandu Ganti NSM - MINDEF

LocalPolitics
5 Nov 2026 • 3:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kerajaan Teliti Tiga Opsyen Peluru Berpandu Ganti NSM - MINDEF

Malaysia sedang berada di peringkat akhir meneliti tiga opsyen sistem peluru berpandu permukaan ke permukaan (SSM) susulan pembatalan permit eskport Naval Strike Missile (NSM) oleh Kerajaan Norway.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) memaklumkan, ketiga-tiga opsyen berkenaan dikemukakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dan pemilihan mengambil kira keperluan operasi, kesesuaian integrasi dengan kapal, kos serta tempoh perolehan.

"Keputusan muktamad akan dibuat setelah opsyen dipersetujui dan perjanjian perolehan dimeterai," menurut MINDEF dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan lisan Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) di Dewan Rakyat, semalam.

Kerajaan Teliti Tiga Opsyen Peluru Berpandu

Image from: Kerajaan Teliti Tiga Opsyen Peluru Berpandu Ganti NSM - MINDEF

Ku Abd Rahman bertanya kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengenai status semasa dan jadual penyerahan lima LCS serta langkah kerajaan mendapatkan sistem peluru berpandu NSM dari negara lain.

Dalam perkembangan berkaitan, MINDEF memaklumkan bahawa pembinan lima Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk TLDM mencapai 80.72 peratus setakat 25 September 2026, berbanding sasaran 89.91 peratus, dengan varians kelewatan sebanyak 9.19 peratus.

Menurutnya, jadual penyerahan terkini yang telah dijamin oleh pihak kontraktor, Lumut Naval Shipyard (LUNAS) , menetapkan LCS pertama pada April 2027, diikuti kapal kedua pada Ogos 2027 dan kapal ketiga pada Disember tahun sama.

Baca juga:

Manakala, LCS keempat pula dijadualkan diserahkan pada Ogos 2028 dan kapal kelima pada April 2026.

"Bagi LCS pertama atau KD Maharaja Lela khususnya, kapal kini berada dalam fasa ujian laut di peringkat limbungan (Sea Trial), selepas selesai beberapa ujian penerimaan di limbungan (Harbour Acceptance Trial), termasuk ujian jentera utama, sistem jana kuasa dan pendorongan.

"Fasa ini bertujuan menguji serta mengesahkan prestasi dan keupayaan sistem kapal sebelum Ujian Penerimaan di Laut (Sea Acceptance Trial – SAT) dilaksanakan bersama TLDM," maklumnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved