Kerajaan terus tindakan perundangan, antarabangsa bagi pemulihan maksimum aset 1MDB

LocalBusiness & Finance
8 Oct 2026 • 1:23 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kerajaan terus tindakan perundangan, antarabangsa bagi pemulihan maksimum aset 1MDB
Kerajaan setakat ini telah berjaya mendapatkan semula dana pemulihan aset berjumlah RM31.3 bilion berkaitan 1MDB. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus mengambil tindakan perundangan dan memperkukuh kerjasama antarabangsa untuk memaksimumkan pemulihan baki aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang diseleweng, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Usaha berkenaan penting untuk mengurangkan beban kewangan negara dan memastikan kepentingan rakyat terus terpelihara.

Setakat 31 Ogos 2026, kerajaan telah membayar RM42.5 bilion bagi menampung komitmen berkaitan 1MDB, merangkumi bayaran prinsipal, faedah, kos guaman dan operasi.

"Sekiranya tiada pemulihan dana tambahan pada masa hadapan, kerajaan masih perlu menanggung baki obligasi sebanyak RM20.1 bilion,” kata MoF.

MoF menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Azli Yusof (PH-Shah Alam) mengenai langkah penambahbaikan susulan Laporan Audit Negara berhubung ketirisan dana awam, status terkini pemulihan aset negara berkaitan skandal kewangan besar serta pengurusan semula dana yang dipulihkan.

Berhubung status pemulihan aset dan mekanisme pengurusan semula dana berkaitan skandal kewangan, kementerian itu berkata aktiviti pemulihan terbesar pada masa ini melibatkan 1MDB.

"Kerajaan setakat ini telah berjaya mendapatkan semula dana pemulihan aset berjumlah RM31.3 bilion berkaitan 1MDB,” katanya. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved