Kerajaan tidak akan ambil alih Datasonic

LocalPolitics
22 Aug 2026 • 10:27 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerajaan tidak akan ambil alih Datasonic

PETALING JAYA: Kerajaan tidak akan mengambil alih Datasonic Technologies Sdn. Bhd. (DTSB), syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan identiti rakyat.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam kenyataan hari ini berkata, pendirian itu dibuat susulan laporan media mengenai cadangan pengambilalihan DTSB oleh kerajaan.

“Berkaitan laporan media mengenai cadangan pengambilalihan Datasonic Technologies Sdn. Bhd. (DTSB) yang menyediakan perkhidmatan identiti rakyat, Kerajaan MADANI berpendirian untuk tidak mengambil alih DTSB,” menurut kenyataan itu.

MKN berkata, identiti rakyat merupakan antara aset strategik terpenting negara dan kerajaan sentiasa memberikan keutamaan tertinggi terhadap aspek keselamatan serta kedaulatan identiti rakyat.

Menurutnya, usaha kerajaan mengawal selia perkara berkenaan dilaksanakan menerusi rangka kerja perundangan, kewangan, tadbir urus dan keselamatan.

“Sehubungan itu, Kerajaan MADANI sentiasa meneroka dan meneliti strategi-strategi proaktif dan berkesan yang terbaik untuk mencapai matlamat memelihara keselamatan dan kedaulatan identiti rakyat.

“Strategi-strategi tersebut juga mestilah memberi nilai terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan,” katanya.

Dalam pada itu, MKN menegaskan kerajaan kekal komited memastikan semua pihak yang terlibat terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat yang selamat dan dipercayai.-UTUSAN

The post Kerajaan tidak akan ambil alih Datasonic appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved