Kerajaan tidak akan ambil alih pembekal MyKad, pasport Datasonic — Majlis Keselamatan Negara

LocalPolitics
22 Aug 2026 • 8:15 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kerajaan tidak akan ambil alih pembekal MyKad, pasport Datasonic — Majlis Keselamatan Negara Image from: Kerajaan tidak akan ambil alih pembekal MyKad, pasport Datasonic — Majlis Keselamatan Negara johardy22/08/2026 - 20:15 Oleh JOHARDY IBRAHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Kerajaan Malaysia memutuskan untuk tidak mengambil alih Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB), pembekal MyKad dan pasport Malaysia, kata Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

Pengumuman MKN tersebut adalah susulan laporan bahawa kerajaan telah meminta penilaian indikatif bagi kemungkinan pengambilalihan syarikat berkenaan, yang dimiliki sepenuhnya oleh NexG Bhd.

 

“Berhubung laporan media mengenai cadangan pengambilalihan Datasonic Technologies yang menyediakan perkhidmatan identiti rakyat, Kerajaan MADANI telah memutuskan untuk tidak mengambil alih DTSB,” kata MKN dalam satu kenyataan.

 

 

 

 

 

MKN berkata identiti rakyat merupakan antara aset strategik terpenting negara dan aspek keselamatan serta kedaulatan akan terus diberi keutamaan tertinggi oleh kerajaan.

 

Keselamatan identiti kekal keutamaan

Menurut MKN, kerajaan mengawal selia perkara berkaitan identiti rakyat menerusi kerangka yang merangkumi aspek perundangan, kewangan, tadbir urus dan keselamatan.

 

Kerajaan juga akan terus meneroka dan meneliti strategi proaktif serta berkesan bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan identiti rakyat sentiasa terpelihara, di samping memastikan perbelanjaan kerajaan memberikan nilai terbaik.

 

“Strategi ini juga mesti memberikan nilai terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan,” kata MKN.

 

MKN berkata kerajaan kekal komited memastikan semua pihak yang terlibat terus menambah baik perkhidmatan kepada rakyat supaya ia selamat dan boleh dipercayai.


 

solar

 


Pada 20 Ogos, NexG dilaporkan menilai DTSB pada kira-kira RM7.5 bilion selepas menerima permintaan kerajaan untuk mengemukakan harga indikatif bagi kemungkinan pengambilalihan syarikat itu.

 

DTSB merupakan pembekal MyKad dan sejak 2012 menjadi vendor pasport Malaysia yang mematuhi piawaian Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

 

 

 

 

 

 

Syarikat itu kini turut memegang mandat bagi struktur MyKad baharu, MyTentera dan MyPOCA, dengan komitmen pembekalan untuk tempoh beberapa tahun.

 

Keputusan kerajaan itu menamatkan spekulasi mengenai kemungkinan pengambilalihan DTSB oleh kerajaan, manakala pengaturan sedia ada bagi perkhidmatan berkaitan identiti kekal berkuat kuasa. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved