Israel serang kampung di barat daya Damsyik, Syria

WorldPolitics
22 Aug 2026 • 8:05 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Israel serang kampung di barat daya Damsyik, Syria

DAMSYIK: Syria berkata, serangan Israel berhampiran Bukit Golan yang diduduki rejim Zionis itu dan  mencederakan seorang individu pada Sabtu.

Ia berlaku beberapa hari selepas ketua tentera Israel berkata, pihak tentera tidak akan membenarkan ancaman di kawasan sempadan.

Televisyen kerajaan Syria melaporkan seorang cedera selepas dron pendudukan Israel menyasarkan sebuah kenderaan di kampung Beit Jinn, yang terletak di barat daya Damsyik.

Apabila dihubungi AFP, tentera Israel berkata, pihaknya sedang menyemak laporan tersebut.

Sejak penggulingan pemerintah Syria yang telah lama berkuasa, Bashar al-Assad pada Disember 2024, Israel telah melancarkan ratusan serangan di Syria dan menghantar tenteranya ke zon penampan yang dipantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Zon pemantau itu yang selama beberapa dekad memisahkan tentera Israel dan Syria di kawasan Golan.

Israel juga berulang kali melakukan pencerobohan lebih jauh ke wilayah Syria dan berikrar untuk mengekalkan tenteranya di kawasan yang dipanggil zon keselamatan di selatan Syria, yang mahu dijadikan kawasan lebih luas tanpa kehadiran tentera.

Minggu ini, Ketua Turus Tentera Israel, Leftenan Jeneral Eyal Zamir memberitahu anggota tentera di selatan Syria bahawa pihaknya sedang memantau perubahan di barisan Syria. 

“Kami tidak akan membenarkan pasukan bermusuhan bertapak di sempadan kami,” katanya. – AFP

The post Israel serang kampung di barat daya Damsyik, Syria appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved