Kerajan tidak bercadang perkenal nombor plat individu

LocalCars
22 Oct 2026 • 3:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kerajan tidak bercadang perkenal nombor plat individu

SEREMBAN – Kerajaan tidak berhasrat memperkenalkan nombor pendaftaran ‘individu’ seperti di luar negara, sebaliknya kekal dengan sistem tradisional berdasarkan abjad dan nombor.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya menyedari nombor pendaftaran individu itu berpotensi menjana pendapatan lebih tinggi dan pernah dicadangkan kepada pihak berkuasa sebelum ini, tetapi kementerian memutuskan tidak mengaplikasikannya di negara ini.

“Nombor pendaftaran individu pernah dibincangkan sebelum ini, sebagai contoh, pembeli boleh meletakkan nama mereka sebagai plat pendaftaran kenderaan mereka.

“Bagaimanapun, kita di Malaysia ada sistem sendiri kita akan teruskan dengan menggunakan kombinasi abjad dengan nombor,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kewangan khas RM1,000 secara ‘one-off’ kepada kira-kira 400 pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah.

Anthony berkata kementeriannya juga memutuskan untuk kekal dengan sistem sedia ada kerana ia telah dilaksanakan selama beberapa dekad.

Terdahulu, Anthony berkata, Kementerian Pengangkutan akan terus mengeluarkan dua atau tiga plat pendaftaran edisi khas setiap tahun dan hasil kutipan akan digunakan untuk membantu rakyat. – KOSMO! ONLINE

The post Kerajan tidak bercadang perkenal nombor plat individu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved