Kerana Jana Gambar Buaya Palsu Menggunakan AI, Lelaki Didakwa Di Singapura

WorldTechnology
30 Sep 2026 • 2:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Terdapat banyak alat kecerdasan buatan (AI) generatif yang boleh digunakan secara percuma di pasaran sekarang. Ia digunakan untuk menghasilkan infografik, komik dan seperti yang dapat dilihat minggu ini mesej memperingati arwah Tun Hasmah. Tetapi ia juga kerap kali disalahgunakan bagi tujuan yang tertentu. Di Singapura, seorang lelaki telah ditahan dan didakwa kerana menjana gambar buaya palsu menggunakan AI generatif.

Image from: Kerana Jana Gambar Buaya Palsu Menggunakan AI, Lelaki Didakwa Di Singapura

Ye Lin, seorang warga Myanmar dituduh semalam kerana menjana gambar palsu buaya berenang di kawasan tadahan air Pandan di Singapura pada 20 Ogos lalu kepada seorang rakan. Gemini telah digunakan untuk menghasilkan gambar tersebut. Lembaga Utiliti Awam (PUB) kemudian menerima laporan kewujudan buaya daripada orang awam pada 21 Ogos.

Disebabkan laporan tersebut, aktiviti air di kawasan tadahan air digantung selama dua hari dengan aktiviti mencari buaya telah dilakukan. Akibatnya sumber telah dibazirkan berdasarkan gambar palsu.

Ye Lin berhadapan penjara 3 tahun atau dengan SGD 10,000 (~RM 32,000) kerana kesalahan penyebaran maklumat palsu. Beliau juga didakwa cuba menghalang proses pengadilan selepas memadam gambar daripada peranti dengan hukuman penjara sehingga 7 tahun sekiranya didapati bersalah. Kes akan didengari November.

Sumber – Straits Times

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved