Kereta bertembung, warga emas maut di Setiu

LocalCars
9 Oct 2026 • 8:26 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kereta bertembung, warga emas maut di Setiu
Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta Proton Wira dipandunya bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona di Kilometer 44 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, berhampiran pekan Sungai Tong, di sini semalam.

BANDAR PERMAISURI - Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta Proton Wira dipandunya bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona di Kilometer 44 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, berhampiran pekan Sungai Tong, di sini semalam.

Mangsa, Zulkefli Daud, 72, yang merupakan pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) berasal dari Kampung Jeli Seberang, Jeli, Kelantan, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Zahril Asri Mohd Zain berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 5.30 petang dipercayai ketika Proton Wira yang dipandu mangsa secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan.

"Pemandu Proton Persona, wanita berusia 41 tahun yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke arah Kota Bharu, tidak sempat mengelak lalu berlaku pelanggaran.

"Pemandu Proton Persona mengalami kecederaan ringan, manakala mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zahril Asri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya turut meminta saksi kejadian tampil ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu bagi membantu siasatan. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved