Kereta dipandu laju rempuh mati penunggang motosikal

LocalCars
23 Mar 2026 • 4:21 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Foto tular memaparkan insiden sebuah kereta merempuh motosikal di Lebuhraya DUKE, Kajang pada Sabtu.

KAJANG - Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta di Lebuhraya Duta–Ulu Kelang (DUKE) di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian pada jam 5.56 petang berlaku selepas pemandu kereta datang dari arah Kajang dalam keadaan laju dan melulu memotong sebuah kenderaan di hadapannya.

Menurutnya, kereta terbabit kemudian merempuh sebuah motosikal yang berada di kanan jalan.

"Pelanggaran itu mengakibatkan penunggang motosikal iaitu lelaki tempatan berusia 24 tahun mengalami parah di kepala dan putus tangan kiri.

"Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pemandu kereta terbabit berusia 26 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada Isnin.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya lagi, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Saifudin Saadun di talian 011-21119379.

"Pihak polis menasihatkan pengguna jalan raya supaya mengamalkan pemanduan yang berhemah, sentiasa mematuhi peraturan jalan raya serta berhati-hati semasa memandu," ujarnya.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved