Kereta Disita, Denda RM400 Jika Ekori Kenderaan Terlalu Rapat

WorldCars
21 Aug 2025 • 9:00 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kereta Disita, Denda RM400 Jika Ekori Kenderaan Terlalu Rapat

Pemandu di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bakal berdepan saman sebanyak Dh400 (kira-kira RM462) jika didapati mengekori kenderaan di hadapan pada jarak terlalu rapat, lapor portal Gulf News.

Menurut Polis Dubai dalam satu kenyataan, pemandu terbabit turut berdepan tindakan lain seperti dikenakan empat mata hitam serta penyitaan kenderaan selama 30 hari.

Difahamkan, undang-undang ini diperketatkan selepas ramai pemandu masih memandu terlalu rapat sehingga tidak sempat bertindak apabila kenderaan di hadapan memperlahankan kelajuan atau berhenti secara mengejut.

Teknologi AI digunakan bagi membendung masalah ini

Gulf News melaporkan, perbuatan itu turut meningkatkan risiko kemalangan berantai membabitkan banyak kenderaan, selain mencetuskan ketegangan dan mendorong pertukaran lorong secara tiba-tiba.

Bagi membendung tingkah laku itu, pihak polis meningkatkan penguatkuasaan dengan menggunakan radar canggih yang dilengkapi kecerdasan buatan (AI) yang ditempatkan secara strategik di jalan utama dan lebuh raya.

Dalam masa sama, ia dapat mengesan pesalah lalu lintas dan secara automatik mengeluarkan saman.

https://x.com/DubaiPoliceHQ/status/1955524978134167818?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1955524978134167818%7Ctwgr%5E675e9c4e1215f04b7c941dfc60004551f11c6dc9%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fgulfnews.com%2Fliving-in-uae%2Ftransport%2Fdubai-police-warn-against-tailgating-how-to-maintain-a-safe-following-distance-and-avoid-fines-1.500083210

Sumber: Gulf News