Kereta guna plat palsu jadi ‘stor’ rokok seludup

LocalCars
24 Sep 2026 • 4:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kereta guna plat palsu jadi ‘stor’ rokok seludup

SEBERANG PERAI – Lima buah kereta yang diletakkan di tingkat berbeza sebuah kondominium di Jelutong, George Town dan dijadikan ‘stor’ menyimpan rokok seludup dibongkarkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang, baru-baru ini.

Dalam serbuan itu, sebanyak 339,640 batang rokok pelbagai jenama ditemukan di dalam kereta tersebut dan seorang lelaki tempatan dalam berusia lingkungan 70-an ditahan ketika memunggah barangan berkenaan.

Pengarah JKDM Pulau Pinang, Hasbollah Din berkata, kegiatan itu terbongkar hasil maklumat dan risikan pihaknya sebelum sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasaan melakukan pemeriksaan pada pukul 6.40 petang.

Katanya, lelaki itu dipercayai sedang memindahkan rokok ke dalam kenderaan lain sebelum dihantar ke lokasi tertentu.

“Kesemua kenderaan itu diletakkan di tingkat berlainan dalam tempoh agak lama dan dipercayai dijadikan sebagai tempat penyimpanan rokok tidak berkastam,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Pencegahan Kastam negeri di sini, hari ini.

Hasbollah berkata, penggunaan kawasan parkir kondominium yang mempunyai pengawal keselamatan merupakan antara taktik bagi mengelakkan kegiatan penyeludupan itu dikesan pihak berkuasa.

Lebih mengejutkan, katanya, semakan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan mendapati nombor pendaftaran yang digunakan pada kelima-lima kenderaan tersebut adalah palsu. Nilai rampasan termasuk cukai dianggarkan RM590,959.-KOSMO! ONLINE

The post Kereta guna plat palsu jadi ‘stor’ rokok seludup appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved