Kereta kabel Bukit Bendera dijangka siap menjelang Ogos 2027

21 Aug 2026 • 2:56 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kereta kabel Bukit Bendera dijangka siap menjelang Ogos 2027

GEORGE TOWN: Kemajuan projek kereta kabel Bukit Bendera kini telah mencapai 32 peratus dengan kerja-kerja fizikal dijangka siap sepenuhnya menjelang Ogos tahun depan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, mengikut jadual, pengoperasian kereta kabel itu pula dijangka bermula menjelang suku terakhir tahun yang sama.

“Perkembangan itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa projek ini kini mula memasuki fasa yang lebih menarik selepas kesemua kerja-kerja bawah tanah berjaya disempurnakan,” katanya selepas melakukan lawatan pemantauan projek kereta kabel Bukit Bendera di sini, hari ini.

Kon Yeow juga menyaksikan pemasangan menara ketiga projek berkenaan iaitu dari Kebun Bunga hingga ke puncak Bukit Bendera di sini.

Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, projek kereta kabel Bukit Bendera amat dinanti-nantikan selepas kerja-kerja di tapak dimulakan pada Januari 2025.

Katanya, walaupun kerja-kerja pada peringkat awal berdepan beberapa kekangan terutama membabitkan pembinaan struktur bawah tanah yang memerlukan penelitian serta pematuhan syarat teknikal yang ketat, namun, ia berjaya direalisasikan.

Beliau berharap agar kerja-kerja di atas tanah yang akan bermula tidak lama lagi membolehkan kemajuan projek dikawal dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

Ia memandangkan kerja-kerja pembinaan bawah tanah agak mencabar kerana keadaan geologi kawasan itu yang mempunyai banyak batuan. – UTUSAN

The post Kereta kabel Bukit Bendera dijangka siap menjelang Ogos 2027 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved