
Perodua baru sahaja menunjukkan babak kedua kenderaan elektriknya (EV) di Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 (KLIMS 2026) yang turut diinspirasikan oleh generasi baharu Alpha dan Beta di negara ini. Kereta konsep kedua ini dinamakan Chapter 2 atau C2 dengan rekaan yang sangat berbeza serta dilengkapi teknologi baharu oleh pereka muda dan berbakat.

Matlamat C2 ini juga adalah untuk mengembangkan naratif kereta buatan Malaysia ke persada dunia, seiring dengan usaha Perodua untuk menambah baik pengalaman mobiliti untuk para pelanggan. Kereta konsep segmen B ini juga dilengkapi dengan ciri bantuan pemanduan AI seperti navigasi masa sebenar, lokasi stesen pengecasan, kemas kini trafik dan juga ciri anti-curi yang dipertingkatkan.


Perodua C2 ini juga akan menjadi asas kepada kereta elektrik buatan mereka di masa depan. Dengan penggunaan app P-Circle ke dalam kereta konsep ini, pelanggan juga boleh mendapatkan akses mudah kepada perkhidmatan yang ditawarkan seperti e-wallet dan penghantaran alat ganti tulen.Untuk anda yang berminat menyaksikan kereta konsep Perodua C2 ini, boleh ke reruai Perodua yang berada di KLIMS 2026.




