Kereta Rosak Tepi Jalan, Wanita Terharu Lelaki India Bantu Hingga Selesai

LocalCars
30 Apr 2026 • 9:58 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang wanita berkongsi kisah yang mengharukan apabila kereta yang dinaiki dirinya sekeluarga mengalami kerosakan.

Menerusi perkongsian daripada pengguna Thread dikenali sebagai elliasaheba, dia menyatakan situasi panik tersebut berlaku dalam kondisi cuaca yang agak panas sebelum dibantu oleh seorang lelaki berbangsa India.

Kereta rosak ketika ketika suami sedang memandu

Dia akui tidak sangka momen yang sebelum ini dilihat sewaktu kisah mekanik dikenali sebagai Abang Minyak Hitam Jalanan dan Dicky tular terjadi kepada dirinya sendiri.

“Haritu aku sedih tengok Minyak Hitam jalanan dengan Dicky, tapi harini berlaku kepada diri sendiri dan juga Thevan or Steven macam ttu nama dia.
“Kereta aku breakdown selepas tol Serenia menghala ke Kota Warisan. Radiator pecah, air bersembur bawah tapi kami tak nampak, Thevan yang nampak.
“Hanya nampak ada percikan je dan aku ingat suami ada on wiper sebab panas kan.
“Baiknya dia. Berpanas terik di luar, bagi kami duduk dalam kereta dia. Sejam lebih tau tadi,” ujarnya.

 

image is not available

Kebaikkan yang tak disangka-sangka

Pengguna Thread berkenaan berkali-kali memuji lelaki yang dikenali sebagai Thevan bahawa dia seorang yang cukup baik kerana sangat prihatin dengan keadaan mereka.

Wanita terbabit juga mengakui bahawa Thevan bersama-sama dengan mereka menunggu di tepi jalan selama hampir sejam bagi menunggu trak tunda bagi membawa kereta ke bengkel.

“Awak baik sangat tunggu kami, bagi duduk dalam kereta awak lebih kurang sejam. Awak pula duduk di luar jaga kereta suami, kesiankan kami ada anak kecil…” ujarnya.

image is not available

Beri duduk dalam kereta sementara tunggu towing

Wanita itu juga mengucapkan ribuan terima kasih diatas kebaikkan yang tak terhingga dan membantu dengan begitu bersungguh-sungguh dalam situasi yang cukup panik buat mereka sekeluarga.

image is not available

Rezeki jumpa orang-orang baik

 

image is not available

 

Thevan kenalkan dengan rakan baikknya

image is not available

Staf Air Asia rupanya

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji tindakan Thevan serta mengucapkan terima kasih diatas kebaikan yang ditunjukkan.

Beberapa pengguna Thread yang mengenali Thevan juga mengakui bahawa lelaki itu cukup dikenali sebagai seorang yang suka membantu orang lain.

image is not available

 

Ni betul 1 Malayia

 

image is not available

Thevan memang orang baik

image is not available

Sumber: Thread elliasaheba

The post Kereta Rosak Tepi Jalan, Wanita Terharu Lelaki India Bantu Hingga Selesai appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved