Kereta Terbabas Hingga Lampu Isyrarat Tumbang, Respon Lelaki Mengeluh Lihat Kejadian Raih Perhatian [Video]

LocalCars
9 Jun 2025 • 3:20 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kemalangan jalan raya sememangnya satu perkara yang tidak boleh dijangka bila ia akan berlaku.

Oleh itu, ramai pengguna jalan raya yang sering dinasihatkan untuk berhati-hati dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Antara perkara yang sering dinasihatkan adalah tidak memandu lebih daripada had laju yang dibenarkan, mengikut lampu isyarat, dan banyak lagi.

Tular kemalangan memaparkan sebuah kereta hitam langgar lampu isyarat

Terbaharu, tular satu video memaparkan sebuah kereta yang terbabit dalam kemalangan di Cyberjaya.

Namun respon daripada sebuah kenderaan yang melihat situasi itu telah menjadi perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, awalnya kelihatan kereta pemilik dashcam sedang berhenti di lampu isyarat merah sebuah simpang empat.

Tidak lama selepas menunggu beberapa ketika, secara tiba-tiba datang sebuah kereta berwarna hitam dari arah sebelah kanan yang berjalan dengan laju telah melanggar sebuah tiang lampu isyarat yang berada di hadapan pemilik dashcam.

Tiang lampu isyarat rebah ke bumi

Pelanggaran itu juga telah menyebabkan tiang lampu isyarat terbabit jatuh ke jalan raya.

Tidak lama selepas itu, kelihatan kenderaan berdekatan lampu isyarat tersebut mula berjalan sebaik lampu bertukar menjadi hijau.

Namun apa yang menjadi perhatian ramai adalah respon spotan pemilik dashcam apabila dia mengeluh melihat keadaan tersebut.

“Halahhhh, tulah bawa kereta macam orang gila. Dah traffic light (lampu isyarat) hilang,” katanya dalam video sebelum mula berjalan sebaik lampu isyarat tukar kepada hijau.

Dalam video dashcam tersebut insiden itu dipercayai berlaku jam 11.40 pagi, semalam (8 Jun).

@luqman_banana

Cerita Harini di Gotham City – Cyberjaya

♬ original sound – Luqman Pisang

Ramai terhibur reaksi sponton pemilik dashcam selepas lihat lampu isyarat tumbang dilanggar kereta hitam

Menjengah ke ruang komen, ramai yang terhibur mendengar luahan spontan pemilih dashcam terbabit.

Malah ada yang mengatakan luahannya itu seolah-olah penat dengan insiden yang berlaku di hadapannya itu.

Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan pengguna jalan raya sekeliling juga seperti tidak hairan apabila insiden membabitkan kereta berwarna hitam terbabit berlaku.

Ini kerana selepas kereta berwarna hitam itu melanggar lampu isyarat kenderaan lain hanya melihat sebelum meneruskan perjalanan masing-masing.

“Abang mengeluh penat dengan Gotham City ke bang? Macam hari-hari menghadap benda sama”

image is not available

“Dia mengeluh sebab tunggu lampu hijau, eh lampu hilang”

image is not available

“Dia punya mengeluh tu HAHAHA”

image is not available