Kereta terbalik, Lebuh Raya Persekutuan sesak sejam

LocalCars
11 Aug 2026 • 9:54 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kereta terbalik, Lebuh Raya Persekutuan sesak sejam

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Shah Alam sesak teruk pagi ini susulan kemalangan membabitkan sebuah kereta di Subang Jaya.

Kejadian itu menyebabkan kesesakan luar biasa dari arah Petaling Jaya menuju Shah Alam dengan kelewatan perjalanan dianggarkan kira-kira sejam dari Templer.

Berdasarkan gambar dan perkongsian pengguna media sosial, sebuah kereta berwarna kuning dilihat terbalik di atas jalan selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan.

Dalam perkembangan terbaharu, kenderaan berkenaan dilihat sudah dialihkan ke bahu jalan manakala beberapa anggota polis berada di lokasi bagi mengawal keadaan.

Seorang lagi pengguna, @a.yyhs memaklumkan kejadian tersebut berlaku di laluan menghala dari Kuala Lumpur ke Shah Alam.

“Yang menghala KL-Shah Alam dah boleh apply WFH (bekerja dari rumah),” tulisnya berseloroh mengenai kesesakan yang berlaku.

Menurut laporan trafik Kuala Lumpur Traffic Update (KLTU) kerja-kerja pembersihan kemalangan di lokasi turut dikenal pasti sebagai punca kesesakan luar biasa dari arah Petaling Jaya menuju Shah Alam.– KOSMO! ONLINE

The post Kereta terbalik, Lebuh Raya Persekutuan sesak sejam appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved