Tiga ditahan SPRM bayar pihak berkuasa seludup ayam sejuk beku

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 8:03 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tiga ditahan SPRM bayar pihak berkuasa seludup ayam sejuk beku

PETALING JAYA: Kegiatan menyeludup kira-kira 10 kontena ayam sejuk beku dari China secara tidak sah terbongkar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga lelaki di Sabah, hari ini.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 30-an hingga 50-an dipercayai berperanan sebagai ejen penghantaran dan pengurus syarikat yang terbabit dalam kegiatan berkenaan.

Sumber berkata, sindiket itu dipercayai merasuah pegawai pihak berkuasa bagi melancarkan kemasukan ayam sejuk beku berkenaan melalui sebuah pelabuhan di Sabah.

Katanya, kegiatan itu terbongkar menerusi Op Chick yang dijalankan Bahagian Perisikan SPRM dengan kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), pagi tadi.

“Berdasarkan siasatan awal, kontena yang mengandungi ayam sejuk beku itu diisytiharkan secara tidak benar dan tidak melalui proses pemeriksaan yang ditetapkan.

“SPRM juga sedang mengenal pasti individu lain yang dipercayai terbabit dalam kegiatan berkenaan,” katanya di sini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, ketika dihubungi mengesahkan operasi dan tangkapan berkenaan.

Katanya, ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu esok bagi permohonan reman untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.-UTUSAN

The post Tiga ditahan SPRM bayar pihak berkuasa seludup ayam sejuk beku appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved