Kereta Terperosok Ke Dalam Lubang Benam, Mujur Pemandu Selamat

LocalCars
27 Jul 2025 • 10:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang wanita dikejarkan ke hospital selepas keretanya terjatuh ke dalam lubang benam di Jalan Tanjong Katong, berhampiran kondominium One Amber, Singapura, semalam.

Memetik laporan media tempatan, Agensi Air Negara PUB republik itu dalam hantaran di Facebook berkata lubang benam itu terbentuk kira-kira pada 5 petang di persimpangan Jalan Tanjong Katong dan Jalan Mountbatten dan bersebelahan dengan tapak kerja PUB.

image is not available

Pemandu wanita kereta itu diselamatkan oleh anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke Hospital Raffles.

“Pihak Polis, SCDF, dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) kini berada di lokasi untuk menguruskan keadaan. Kededua arah laluan jalan yang terjejas telah ditutup kepada lalu lintas.

“Dua saluran paip air turut rosak. PUB sedang menjalankan kerja-kerja pengasingan saluran paip yang terjejas,” tambahnya.

Sementara itu, Menteri Kemampanan dan Sekitaran Singapura, Grace Fu berkata, beliau telah meminta PUB untuk bekerjasama dengan agensi termasuk Penguasa Bangunan dan Binaan serta LTA untuk menyiasat punca lubang benam secara terperinci, dan melaksanakan kerja pembaikan dengan segera.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved