⁠Seorang Wanita Terselamat Lepas Kereta Terjatuh Ke Dalam Lubang Benam Di Singapura

27 Jul 2025 • 10:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Suatu kejadian lubang benam atau sinkhole telah berlaku di jalan Tanjong Katong, Singapura sehingga menyebabkan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita terjatuh ke dalam sinkhole tersebut.

Menurut laporan Channel News Asia, kejadian tersebut berlaku berdekatan dengan tapak kerja milik PUB (agensi air negara Singapura) sekitar 5 petang pada Sabtu.

image is not available

Difahamkan, kereta yang dipandu mangsa telah terjerumus ke dalam lubang benam itu dan hampir tenggelam sepenuhnya di dalam sinkhole yang dipenuhi air.

Mangsa walau bagaimanapun terselamat kerana berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat negara itu.

@channelnewsasia

A sinkhole appeared at Tanjong Katong Road South at about 5.50pm on Saturday (Jul 26). A car was seen almost fully submerged in water where the road caved in. This is a developing story and CNA has contacted the authorities. singapore sgnews

♬ original sound – CNA – CNA

Mangsa terus dikejarkan ke hospital sejurus diselamatkan. Menurut kenyataan rasmi, dua paip air utama di kawasan itu telah rosak dalam insiden tersebut dan jalan raya berkenaan juga ditutup buat sementara waktu untuk dibaiki dan sebagai langkah berjaga-jaga. Siasatan untuk mengetahui punca kejadian lubang benam di negara itu juga sedang dijalankan. Untuk pengetahuan semua, t kejadian lubang benam boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor, antaranya punca semula jadi seperti pelarutan batu larut, saliran air dan punca disebabkan manusia seperti paip bawah tanah yang pecah atau bocor, aktiviti pembinaan dan sebagainya.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.