Video Detik-detik Sebelum Kejadian ‘Sinkhole’ Di Singapura Tular Di Media Sosial

Entertainment
27 Jul 2025 • 3:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Suatu kejadian lubang benam atau sinkhole yang berlaku di Singapura pada Sabtu petang telah mengejutkan penduduk-penduduk negara itu.

Dalam kejadian tersebut, sebuah kereta telah terjatuh ke dalam lubang benam yang dipenuhi air namun pemandu kereta tersebut iaitu seorang wanita telah berjaya diselamatkan.

Terkini, video yang memaparkan detik-detik sebelum kejadian tersebut telah tular di media sosial.

@channelnewsasia

This is the moment when a car fell into a sinkhole along Tanjong Katong Road South on Saturday (Jul 26). The female driver was rescued by workers and was conscious when taken to hospital. singapore sgnews

♬ original sound – CNA – CNA

Difahamkan, video berkenaan telah sempat dirakam menerusi kamera papan pemuka atau dashcam sebuah kenderaan lain di berada di belakang kereta mangsa.

image is not available

Dapat dilihat dalam rakaman video tersebut bahawa kereta yang dipandu mangsa sebelum kejadian sedang menunggu giliran dari pekerja yang menjaga lalu lintas jalan raya untuk ke arah kiri kerana ketika itu, difahamkan, terdapat kerja-kerja pembaikan atau pembinaan di kawasan tersebut.

Sebelum kereta wanita itu melalui jalan tersebut, dapat dilihat terdapat beberapa buah kenderaan telah melaluinya.

Namun, apabila tiba giliran kereta mangsa untuk ke kiri, jalan raya terbabit tiba-tiba terjunam ke bawah tanah sekali gus menyebabkan kereta itu turut terjatuh ke dalam lubang benam beserta kon-kon keselamatan jalan raya yang diletakkan di kawasan tersebut.

Mangsa walau bagaimanapun berjaya diselamatkan dan terus dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.