Kereta tinggal, tayar pula lesap di parkir LRT3 Bukit Tinggi

LocalCars
18 Aug 2026 • 4:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kereta tinggal, tayar pula lesap di parkir LRT3 Bukit Tinggi

PETALING JAYA – Seorang pengguna pengangkutan awam mendakwa tayar keretanya dicuri ketika diletakkan di kawasan parkir Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Bukit Tinggi Laluan Shah Alam di Klang, semalam.

Kejadian itu dikongsikan pengguna Threads, @nanijismani menerusi satu hantaran selepas dia pulang dari tempat kerja sebelum mendapati dua buah tayar keretanya sudah dicuri.

“Baru balik kerja, tiba-tiba tengok tayar kereta saya dicuri macam ini? Untuk makluman, saya parkir di LRT3 Bukit Tinggi. Pagi tadi saya siap bayar parkir. Memang tak ada orang jaga ke?,” katanya.

Wanita itu kemudian memberi peringatan kepada orang ramai yang menggunakan kawasan parkir tersebut supaya lebih berhati-hati terhadap keselamatan kenderaan masing-masing.

“Korang (kalian) yang nak parkir sini, jaga-jaga lah ya,” pesannya.

Hantaran tersebut mengundang perhatian pengguna media sosial yang melahirkan kebimbangan berhubung tahap keselamatan di kawasan parkir berkenaan.

“Buat aduan dekat (pengurusan) LRT 3. Kenapa parkir berbayar pun boleh kne kebas. Minta rakaman televisyen litar tertutup (CCTV),” katanya.

“Ya Allah sedihnya. Semoga Allah ganti yang lebih baik,” kata seorang pengguna.

“Makin kerap la baca kes pengguna kena kebas tayar kereta parkir dekat LRT ini. Tempat macam ini mesti ada CCTV, awak boleh dapatkan untuk buat laporan polis dan minta ganti rugi dari syarikat pengurusan sebab kawasan ini parkir berbayar,” komen Aiyatul. – KOSMO! ONLINE

The post Kereta tinggal, tayar pula lesap di parkir LRT3 Bukit Tinggi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved