Wanita Dakwa Tayar Kereta Dicuri Ketika Parkir Berdekatan LRT3 Bandar Bukit Tinggi, Minta Orang Ramai Hati-hati

LocalCars
18 Aug 2026 • 12:36 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan ramai yang menggunakan pengangkutan awam seperti tren Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Deras (MRT), Keretapi Tanah Melayu (KTM) atau bas untuk ke tempat kerja bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Oleh itu, ada yang akan memandu sehingga ke stesen tertentu dan memarkir kenderaan mereka sebelum meneruskan perjalanan ke tempat kerja.

Tayar kereta dicuri sewaktu pulang dari kerja

Namun baru-baru ini seorang wanita mendakwa tayar keretanya telah dicuri sewaktu meninggalkan keretanya berdekatan kawasan parkir di sebuah stesen LRT Laluan Shah Alam Aliran 3 (LRT3).

Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Nani Jismani di Threads, katanya dia menyedari perkara itu sewaktu pulang dari kerja.

Parkir kereta berbayar berhampiran LRT3 Bandar Bukit Tinggi

Jelas Nani, dia telah memarkir kereta Perodua Ativa miliknya berdekatan Stesen LRT3 Bandar Bukit Tinggi, Klang malah dia turut memaklumkan telah membayar parkir tersebut sebelum bergerak ke tempat kerja pada pagi semalam (17 Ogos).

Insiden tayar dicuri itu turut membuatkan Nani menyoal adakah kawasan tersebut tidak dijaga oleh mana-mana pihak sepatutnya.

“Saya baru balik daripada kerja dan menyedari tayar kereta kena curi seperti ini. Saya parkir di LRT3 Bukit Tinggi. Malah saya bayar untuk parkir tersebut pada pagi ini. Memang tak ada orang jaga ke? Korang yang parkir sini, jaga-jaga lah ya,” ujarnya.

View on Threads

2 buah tayar kereta sebelah kanan dicuri

Menerusi gambar yang dikongsikan oleh Nani, kelihatan dua buah tayar dia bahagian depan dan belakang sebelah kanan telah dicabut dan dicuri dari kenderaannya.

Bukan hanya itu, si pelaku turut meletakkan dua buah batu blok berdekatan tempat tayar dipercayai untuk memudahkan mereka mencuri tayar berkenaan.

Di ruangan komen, Nani menjelaskan hanya dua tayar yang dicuri namun terdapat kesan cubaan untuk mencuri tayar sebelah kiri kerana terdapat skru patah.

Kami sedang cuba untuk menghubungi pihak Myrapid KL untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara ini.

Image from: Wanita Dakwa Tayar Kereta Dicuri Ketika Parkir Berdekatan LRT3 Bandar Bukit Tinggi, Minta Orang Ramai Hati-hati

Ramai bersimpati dan minta buat aduan kepada pihak berkuasa

Melihat di ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan insiden yang menimpa Nani serta memintanya untuk membuat aduan kepada pihak LRT memandangkan ia adalah parkir berbayar.

Tidak kurang juga ada yang menyuruhnya membuat aduan agar boleh melihat rakaman litar tertutup (cctv) untuk mengesan si pelaku.

Ada juga berpendapat memakir kenderaan di kawasan Klang sememangnya mempunyai risiko yang tinggi khususnya di kawasan parkir yang baharu seperti LRT.

Malah ada yang menasihatkan Nani bahawa kes ini boleh dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan keadilan.

“Buat aduan dekat LRT3. Kenapa parkir berbayar pun boleh kena kebas. Mintak CCTV”

Image from: Wanita Dakwa Tayar Kereta Dicuri Ketika Parkir Berdekatan LRT3 Bandar Bukit Tinggi, Minta Orang Ramai Hati-hati

“Parkir kereta area Klang memang risiko tinggi nak-nak parking baru LRT TU”

Image from: Wanita Dakwa Tayar Kereta Dicuri Ketika Parkir Berdekatan LRT3 Bandar Bukit Tinggi, Minta Orang Ramai Hati-hati

“Cara paling teruk apabila balik dari kerja dan lihat perkara ini, dan empat tayar bukan murah”

Image from: Wanita Dakwa Tayar Kereta Dicuri Ketika Parkir Berdekatan LRT3 Bandar Bukit Tinggi, Minta Orang Ramai Hati-hati

“Banyak kawasan parkir macam ni. Mereka kutip duit tetapi beri alasan ‘parkir atas risiko sendiri'”

Image from: Wanita Dakwa Tayar Kereta Dicuri Ketika Parkir Berdekatan LRT3 Bandar Bukit Tinggi, Minta Orang Ramai Hati-hati
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved